Bawak Plastic Bag Sendiri

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com%5D

Hujung minggu ni berlalu seperti biasa, Hari Sabtu aku ke Giant berdekatan untuk membeli barang keperluan, sebelum tu singgap sekejap di Petronas untuk withdraw duit. Biasa la, bila singgah kat mana-mana kedai, ada je “kiriman” barang. Nak air kotak, roti dan jajan lain (padahal on the way nak pegi breakfast sebelum ke Giant). Isteri aku memang selalu kalah dengan permintaan anak. Keluar dari Petronas isteriku membawa barang-barang yang dibeli, yang “dipeluk ” dengan kedua-dua belah tangan, muka pun masam je.

Bila aku tanya,” nape tak isi dalam plastic bag?”. “Kena bayar RM0.20 !” jawabnya. Aku bertambah hairan, sejak bila pulak beli barang kena bayar untuk plastic bag? Rupa-rupanya, ini adalah polisi baru yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor. Pada setiap hari Sabtu, semua pelanggan Petronas, Giant, & Tesco dikenakan bayaran RM0.20 untuk setiap plastic bag. Aku rasa polisi sama dikenakan untuk semua kedai lain cuma aku tak berapa pasti kerana aku jarang sekali shopping jauh-jauh. Nampaknya lepas ni kalau shopping di hari Sabtu, kenalah bawak plastic bag sendiri. Menurut si cashier di Giant, polisi baru ini juga telah menyebabkan kekurangan pelanggan yang ketara pada hari Sabtu disamping kehilangan banyak bakul shopping yang telah “dibawa” pulang oleh pelanggan. Cane tu? Sape nak jawab?

4 responses to “Bawak Plastic Bag Sendiri

  1. Bakul pun hilang?

    Walaubagaimana pun, aku sukakan polisi ini. Seronok bershopping di hari sabtu. Orang tak ramai dan tak perlu bersesak-sesak.

  2. btul2…dekat PKNS Bangi pun sama,satu hal lak nak kena bawa beg plastik sdiri

  3. Kalau tujuannya untuk mengurangkan penggunaan plastik, rasanya 1 hari tak cukup. Lebih baik gunakan paper bag..lebih mesra alam