Pole Dancing Di Universiti Cambridge

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com%5D

Berita di akhbar hari ni buat aku tersenyum sendiri. Berbeza dengan kursus yang biasa ditawarkan di universiti, satu persatuan debat di Universiti Cambridge bercadang untuk memperkenalkan tuisyen untuk kelas pole dancing kepada ahlinya. Pole dancing dikaitkan dengan bar bogel dimana gadis-gadis cantik memperagakan tubuh badan, menari dan bergayut di tiang besi di atas pentas.

Walaupun kelas ini bukan diadakan di bar, tetapi ia tidak akan memadamkan pandangan dan persepsi negatif terhadap “tarian” ini. Tapi jurucakap kelab tersebut mempertahankan tindakan mereka.

“If an intelligent, independent woman wishes to learn a particular form of dance in respectable surroundings, we see nothing degrading in that” – AFP.

Aku rasa macam merendahkan martabat universiti je, tapi suka hati kau la labu..🙂

3 responses to “Pole Dancing Di Universiti Cambridge

  1. Aku rasa dah tak ada benda lain yang diorang nak belajar kut. Lebih baik diorang belajar dan mendalami ilmu agama. Boleh gak dapat pahala. Apa nak jadi dengan dunia ni?

  2. Lain orang lain pandangannya.