Habis Duit Raya Bayar Saman Ekor

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com%5D

2 tahun lepas, aku ada lebih kurang 15 saman trafik dari Polis kebanyakannya disebabkan kesalahan memandu laju. Bukan tak nak bayar, tetapi kerana kekurangan fulus dan amalan bertangguh (procrastination) menyebabkan saman makin bertambah saban tahun. Aku tak ambik kisah sangat …………

SEHINGGALAH.………………. lesen memandu aku tak boleh diperbaharui!!! Arghh!!! Masa tu tension yang amat..tiada jalan lain selain dari menyelesaikan kesemua 15 saman tu..aku mula mencari “sumber” kewangan untuk tujujan itu. Akhirnya dapatlah sedikit walaupun masih tak cukup (aku rasa). Maka pergilah aku ke Balai Polis berhampiran untuk membayar saman. Sampai di situ, setelah berbincang dengan seorang sarjan yang kebetulan satu kampung dengan orang rumah aku, selesailah isu tak boleh renew lesen tadi.

Tapi tak semua saman aku jelaskan, hanya 5 daripadanya, setelah mendapat nasihat dari si sarjan. Semua saman-saman ini perlu dijelaskan kerana menurut sarjan, saman yang diserahkan surat secara peribadi dan ditandatangangi sendiri oleh pemandu akan menyebabkan lesen kita di”flag” di dalam sistem mereka. Bila masa untuk renew tiba, settlekan je lah semua…kalau tidak, jangan berkereta. Gunakan pengangkutan awam je (ni aku  yang tambah). Yang lain tu boleh ignore sahaja…lega hati aku mendengarnya.Aku terus renew lesen untuk 5 tahun, takut apa-apa hal nanti susah..!

Baru-baru ini pulak keluar berita tentang saman ekor pun akan  jadi penyebab lesen memandu tidak boleh di renew. Satu lagi hal yang kena aku pikirkan, sebab saman dulu (semua saman ekor), masih belum settle. Kalau lesen mati nanti, parahlah aku nak bayar 10 saman!!! Habislah duit raya aku bayar saman ekor!!🙂 Sebab aku tak setuju dengan sistem saman ekor:

1) Bukan saya!!

Kereta kita mungkin digunakan oleh orang lain. Gambar yang diambil oleh kamera Polis tidak menunjukkan siapa yang memandunya. Pernah jugak dapat saman ekor untuk kereta yang dah dijual tetapi samannya sampai ke rumah. Jenuh jugak naik turun balai nak settlekan.

2) Tujuan tak betul

Saman ini dibuat sesuka hati untuk meningkatkan kutipan Jabatan Trafik Polis. Sepatutnya saman diberi dengan tujuan untuk memberi peringatan kepada yang lain, contohnya yang berlumba di jalan raya. Kalau dah pagi-pagi buta time rush hour buat speed trap, itu dah kira aniaya.

Jadi untuk saranan agar saman ekor dihapuskan, aku dengan semangat bernyala-nyala ingin menyatakan:

“AKU SOKONG 200%!!!!” Anda Bagaimana???

P/S – 8 daripada 10 saman ekor yang aku kena dibuat di highway Kajang – Kuala Lumpur antara jam 7.15-8.00 pagi…sebelum sampai ke Plaza Tol Batu 11, Cheras

Disitulah sahaja highway tak sesak sebelum menempuh pesta lampu brek yang pertama sebelum Plaza Tol Bt 9 Cheras

P/S 2 – Speed juga dibuat pada tempat dan waktu yang sama di aras bertentangan, Kuala Lumpur Kajang selepas Plaza Tol Batu 9 Cheras. Harap maklum😦

23 responses to “Habis Duit Raya Bayar Saman Ekor

  1. aku pun sokong 300% saman ekor dibubarkan. boleh elakkan dari kes salah laku. suka-suki ke nanti diorang nk saman kita. dengan takde bukti kukuh. huhuhu

  2. Salam perkenalan.😉

    Seronok baca kisah ini.

    Saya amat setuju dgn no.1, rakan saya pernah disaman atas kesalahan yg langsung tak pernah dilakukannya. Kenapa jadi macam tu? Saya pun tak tahu.😕

    boy_bersahaje cakap 300%, saya bagi 400%.🙂

  3. pernah jugak dapt saman ekor di JB walhal masa tu aku dok khoje kat pejabat di KL. nasib baik ada punch card utk buktikan.. kes guna no plat tipu
    lega dapat settle, tu pun kena contact polis JB…
    baru check ada lagi satu SE tak selesai huhuhu… pitih lagi

    • dulu time diorang bagi diskaun, ade plak yang komen konon galakkan orang buat salah…kalau dah menteri pun tak bayar saman ape citer..above the law?

  4. klu dah salah kenalah denda..klu buat main2 nnti pasti akan byk kemalangan berlaku di lebuh raya kelak huhuuu

  5. tak silap saya saman ekor ni sepatutnya mmg dah patut dihapuskan dulu. tapi tibe2 je ada balik. bila masuk kes aniaya tu kita tak suka.

  6. walaupun aku pengguna setia pengangkutan awam tetapi tetap kena saman😦

    turun dari bas,aku melintas bukan di tempat yang disediakan – kena saman dengan dbkl !

  7. sokong di bubar… saman ekor memang menganiaya pengguna jalan raya !!! BUBAR!!!!!

  8. Salam,

    Tumpang tanya ye. Jika sesorang tak bayar saman adakah tidak dapat mengambil lesen memandu. Dah masuk ujian JPJ tinggal ambil lesen saja tapi tak dapat ambil kerana ada saman sebelum memnpunyai lesen.

    • Aku rasa tak boleh..janji saman tu ko dah sign, kalau belum settle, sure keluar dalam system derang..JPJ lebih strict dari Polis..tapi ape pun baik pegi sana bincang…sure bole settle..

  9. sokong sokong… elok juga wat patisyen pasal ni atas sokongan ramai…

  10. Ha ha ha … aku pun kena pasal saman ekor nihhh … Aku tak pernah dapat saman jenis ber’sign’ … Saman ekor utk kete Innova aku tuh ada ler 2 … last month masa sibuk2 pasal saman ekor akan black list kete .. so aku check la on-line … confirm kena …. disebabkan road-tax aku mati awal bulan Ogos … aku bayar ler 2 saman tuhh … RM600 …
    Lepas tuh baru2 nih kerajaan ckp dia lift pasal black list tuhh !!! Bengang giler … habis budget duit raya !!!!!

    • Ko bayar awal sangat ….( ye la road tax mati…nat wat cane)..aku selalu tunggu time dia bagi diskaun.. hehehhe.. Takpe boleh cover balik ngan bisnes kerepek..isi penuh2..🙂

  11. Ha ha ha … pasal tuh jugak la tahun ni bisness kerepek tak jalan !!! Modal tak cukup beb … takut nak ambik order !!!!