Jualan Murah Tipu Di Sogo?

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com%5D

Terkejut, geram dan berbagai rasa lagi apabila membaca berita mengenai jualan murah di SOGO yang jelas menipu orang ramai. Tak disangka gedung besar seperti SOGO menggunakan taktik sekotor ini untuk mengaut keuntungan. Entah berapa ramai yang telah teraniaya oleh perbuatan tidak bertanggungjawab ini.

Lihat kepada gambar di bawah. Tanda harga asal bertarikh 10 Ogos 2009 -RM109.00 manakala harga terbaru bertarikh 22 Julai 2010 – RM455.00. Ini bermakna pelanggan telah ditipu dengan strategi potongan harga 80% sedangkan RM109.00 adalah harga asal barang tersebut – sehelai selimut!!!

Jualan murah SOGO

Jualan murah SOGO?

Jika SOGO boleh melakukannya, kenapa tidak gedung atau kedai-kedai lain? Berhati-hatilah supaya kita tak tertipu

Credit: NURUL AIN MOHD HUSSIN – Mstar Online

P/S – Sib baik baju anak semua dah siap…beli kain mintak nenek diorang buatkan…murah, senang nak alter!🙂


26 responses to “Jualan Murah Tipu Di Sogo?

  1. Uhhhh, ini bukan tektik baisa ke yang digunakan oleh shoppong mall?

  2. nak tipu pun tak reti ni..buang aje la harga lama tu.. tak sempat2 nak untung le tu..

    rasanya ada kuar tv pasal kes harga ni..tapi tak pasti kat mana

  3. baik la kita beli baju kat pasar malam je…heheh..bergaya memang la bergaya, tapi kalau ditipu bulat2 camni..memang papa kedana la jawabnye..=)

  4. bajet nk untung lebih tp last2 rugi je…

  5. saat yang paling sesuai menipu para pelanggan sempena hari perayaan ni !😦

  6. pasti ramai yang dah tertipu !!! Hampeh betul, nak kaut keuntungan di musim perayaan.. tak beretika langsung !!!.. Tapi apa diorang peduli pada etika… bukan dapat duit… betul tak???

  7. stendet tu mana2 pun sama jek cuma ada yang betul2 kalau barangan itu dah 2 ke 3 tahun tak laku.. nak abiskan stock…

  8. tag biru tu harga asal la…tag kuning tu harga da diskaun+tag kuning tu dorg print bkn utk 1 brg tu je. itu consignment pnye price tag so maknenye apappe brg yg nk dbg harga baru akn dtag dgn price tag tu.date tu bkn sale pnye date.its a printed date = bile price tag tu d print.kalau xtau jgn la men tuduh je.ingt suke2 je ke blh ltk harga brg nk mahal ke murah?semua harga2 tu kne d audit dulu+kalau rse xptt brg tu harga tu xpyh la beli.amik kain langsir buat selimut

  9. byr je ngn harga murah tu. lawl. hahaha

  10. jualan murah sale habis-habisan, beli seluar jenama biem. hantar kedai nak potong kaki, kain dah mula mereput di semua bahagian baik beli seluar kat pasar malam rm1o. pun ok lagi boleh guna sampai bertahun-tahun. harap pihak sogo pantau setiap barang untuk dibuat sale, jangan sampai orang ramai melopong.

  11. Saya berniaga di Bazar Larut malam, kebanyakan jualan murah di pasar raya besar ni barangnya macam di jual di Pasar Malam je.Tapi mereka ambil yang ada kualiti sikit, tapi ade jenama.Lepas tu jual murah-murah. Kalau tak percaya anda lihat harga baju RM 100.00 boleh jual RM 10.00 je,berapa kos dia orang ambil…….fikir le sebelum membeli ……

  12. Bila barang dah masuk Pasar Raya Besar,kebanyakan orang ingat barang semua ori je…..sebenarnya barang yang bukan ori,tapi yang ade gred sikit nampak sebijik macam ori……dari sini le mereka menipu pengguna….jadi berhati-hatilah….kalau tak percaya boleh pergi ke mana-mana UPTOWN dan cari barang yang berended,anda akan tak percaya harganya…..

  13. aku memg da agak dah,…

  14. uish..boleh plak tag harga diskaun tu di print awal2 tahun 2009 yerk…logik tak logik dek akal la…dah la stok la kuarkan balik..per pon x bley la sogo..tak yah nak abck up la..saya pon dh nampak sogo wat hal lagi2 masa warehouse sale..bapak penipu…sebelum warehouse sale baju barbie yg sama jual RM19.90..masa warehouse sale..baju yg sama dikeluarkan jugak tapi ngan harga RM34.90..harga asal konon2nya RM59.90..tu aper citer tu?..menipu org je lebeyy…

  15. ala…jgn kata sogo je…jaya jusco ke…the store ke…parkson ke…semua sama aje….tak caya pe la survey….aku dah slalu tengok..situasi cam ni…