Gym Free Untuk Kesihatan

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com%5D

Semua orang nak sihat. Kalau hidup senang tapi banyak penyakit pun tak guna juga. Ada banyak cara nak jaga kesihatan seperti jogging, brisk walking, pegi gym macam Ariff, bersukan atau aktiviti riadah yang lain. Ada aktiviti yang memerlukan duit dan ada yang free je. Tapi ada ke gym free? Ada la kot, macam Gym rakyat di pekan kecil yang disediakan untuk golongan yang tak mampu membayar yuran bulanan dan keahlian. Tapi bilangannya sikit je la.

Aku ada gym kat rumah. Tidak secanggih gym komersil, tapi cukup untuk mengeluarkan peluh dan maintain sihat. Antara “alat-alat” di gym aku:-

1. Stepping machine

Bagus untuk menguatkan otot-otot kaki. Caranya mudah, belari-lari anak naik turun tangga sebanyak 10 kali. Tapi hati-hati jangan sampai terjatuh atau tergelincir, nanti putih tulang kering!!

2. Bench Press

Bagus untuk bicep, tricep barulah badan jadi macam abang sasa kalau tak macam Malek Nor pun.

  • Letakkan toto di atas carpet
  • Baring di atas toto
  • Angkat ke atas ke bawah 20 kali

3. Treadmill

Ni senang je. Ajak Adam main polis sentri. Suruh dia lari pastu ko kejar la..kalau dah boring dan penat, lepak jap. Bila orang jual aiskrim lalu depan rumah, beli dan makan bersama  anak-anak.

PERINGATAN: Aku kalau makan asikrim satu tupperware sehari pun tak gemuk, korang aku tak tahu la. Makan at your own risk!!

4. Easy Abs

Untuk menguatkan otot perut..ini amat penting bagi mengelakkan slipped disc.

  • Panggil anak yang besar sikit
  • Baring atas toto tadi dengan kedua tapak kaki di atas lantai
  • Suruh anak tolong pegang kaki. Kalau susah sangat, suruh dia duduk je atas jari kaki
  • Buat sit up 10 kali pastu rehat jap. Buat lagi sampai dah tak larat nak bangun. Kalu penat, rehat (jangan la rehat lelama plak)

Itulah antara latihan yang boleh dibuat di gym percuma aku. Banyak lagi yang aku boleh listkan tapi you got what I mean kan? Berhati-hatilah ketika membuat latihan di gym, jangan overdo, nanti sakit badan kena pergi urut pulak..So, bersenamlah untuk kesihatan..

8 responses to “Gym Free Untuk Kesihatan

  1. mendalam maknanya “alat-alat” yang digunakan tu. hehe

  2. Bagus ni tips untuk sihat…aku layan bola 2 kali seminggu supaya bertambah slim.hehe

  3. Bagus gak tips ni bro,hehehe thanks for sharing

  4. kreatif cara ko nak beriadah nie… bagus gak… senang !!!! Boleh buat kat rumah jer…tak payah gi jauh-jauh… kalau dah penat…boleh terus “landing” !!!!