Pasal Dara Pun Nak Bergaduh

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com%5D

Kelakar bila aku baca berita pasal peminat yang komplen tentang kenyataan Mila pasal dara dalam sebuah rancangan TV. Ceritanya pasal satu teknik rawatan laser yang boleh memulihkan semula dara yang hilang. Si Mila pun kata lah mende ni bagus untuk gadis yang pernah menjadi mangsa rogol untuk kembalikan keyakinan diri dan meneruskan hidup berumahtangga. Lagipun ada sebab lain yang boleh buat gadis hilang dara; aktif bersukan dan juga penyakit.

Ada pulak yang salah anggap, kata Mila ni dah hilang dara sebab tu la bagi komen camtu. Jangan salah paham eh! Aku bukan peminat Mila dan aku tak suka pun lagu-lagu nyanyiannya. Tapi takkan sesuka buah pinggang je nak cop orang dah hilang dara ni. Dosa tuh! Ada logik apa mende yang dia cakap? Dan untuk pasangan yang sudah berkahwin agak lama, ini mungkin salah satu cara mengembalikan “keintiman”…hehehe ..Nak try?

11 responses to “Pasal Dara Pun Nak Bergaduh

  1. erm ingatkan mila af yang wassup2 tuh.. hurm berapa agaknya bayaran.. mesti mahal tuh… agak jela..

  2. ramai le nanti perempuan berpangkat nenek yang kembali berstatus dara…kah..kah.kah….

  3. aku tengok rancangan ni!
    wanita hari ini!
    hahaha suke nye kat mila!
    ni minggu lepas punya rancangan..
    hehe xde keje dok rumah layan la wanita hari ini

  4. Tapi, kalau takat nak tampal jer, wa rasa tak kan tambah keintiman rumah tangga lah. Suami Isteri kena kekal romantik seperti jalan berpegang tangan, peluk bila rindu atau sekali sekala pergi honey moon….. baru lah seksi gitu….

  5. Napa ler cite dara pulak yer…agak nya depa dah takde tajuk nak cite ler kot….tu yang WHI cite benda tu kot…cari-cari ler cite cam ner budak-budak yang buat maksiat tu nak taubat ker sampai kena rogol tu pulak dah…macam2 ler skrg ni yer..maaf yer kalau menyampuk tak bagi salam ni..cuma nak join jer…baru jer join blog nih..hehehe..