Tolong Ramas Testikel Dia

Seorang bapa masuk ke sebuah restoran dengan anak lelakinya. Dia memberi anaknya 3 keping duit syiling supaya dia leka.

Tiba-tiba budak tu tercekik, mukanya bertukar biru. Si bapa menyedari anaknya tertelan syiling dan mula menepuk-nepuk belakangnya.

Budak itu terbatuk tetapi hanya 2 keping syiling dapat dikeluarkan. Melihat keadaan anaknya, si bapa mula panik dan menjerit meminta pertolongan.

Seorang wanita cantik lengkap dengan kot berwarna biru sedang duduk menikwati secawan kopi sambil membaca akhbar di sebuah kedai di seberang jalan. Apabila mendengar jeritan si bapa, perempuan itu menoleh, melipat akhbarnya dengan kemas lalu meletakkannya di atas kaunter. Dia kemudiannya berjalan dengan perlahan menyeberangi jalan untuk ke restoran tersebut.

Apabila sampai sahaja ke tempat budak tercekik tadi, dia terus menanggalkan seluar budak itu; meramas dan memicit testikel budak tadi dengan perlahan, dan kemudiannya semakin kuat. Selepas beberapa ketika, budak itu menunjukkan tindakbalas dengan batuk yang sangat kuat dan duit syling ke 3 terpacul keluar!

Perempuan itu mengambil duit syiling tersebut dan menyerahkannya kepada si bapa dan berlalu tanpa berkata walau sepatah pun. Selepas memeriksa dan mendapati anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan, si bapa berlari mendapatkan perempuan tadi dan mengucapkan terima kasih. “Saya tidak pernah melihat sesiapa pun berbuat begitu”.

“Adakah anda seorang doktor? ”

“Bukanlah!”.
‘Saya kerja dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri.’🙂

sumber: terjemahan dari email

2 responses to “Tolong Ramas Testikel Dia

  1. dari mana pulak dia dapat idea unik nie… nanti ramai pulak bapa-bapa orang yang tertelan duit syiling ngan harapan pompuan tadi tolong ramas testikel depa!!! ha.ha.haaa!!!