Bila Melayu Bukan Islam…

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com]

Di hari Jumaat yang mulia ini ayuh kita sama-sama muhasabah diri, tingkatkan keimanan kita supaya sentiasa kental dan tak mudah goyah dengan godaan duniawi. Mulia nya orang Islam bukanlah diukur dari jumlah sumbangan derma atau kebajikan yang ditunjuk-tunjuk. Tetapi kerana tingginya iman dan cara kita “membawa” diri di dalam masyarakat sehingga orang lain hormat pada kita tanpa pengaruh wang ringgit dan kuasa.

Masyarakat Melayu di Malaysia umumnya Islam. Di sini usahlah kita pertikaikan sejauh mana “Islam”nya seseorang itu. Hubungan antara makhluk dan pencipta ini adalah milik individu. Kita hanya boleh menasihat, menegur dan berdoa. Selebihnya atas individu itu sendiri.

Pernah dulu kita dikejutkan dengan berita ribuan Melayu yang keluar dari Islam dan memeluk Kristian, Buddha atau Hindu. Bagi orang bukan Islam, ini adalah hak individu, tapi bagi kita, ini sesuatu yang terlalu serius untuk dibiarkan begitu sahaja. Masih ingat kisah Hartina, Nor Aishah Bokhari, Lina Joy? Atau ramai lagi yang keluar dari Islam dan menjadi musuh yang paling besar dengan menyebar dakyah tentang buruknya Islam. Walau apapun agama kita, rasanya tiada agama yang mengesyorkan supaya kita mengeji dan memburukkan agama lain.

Antara pengakuan Melayu yang sudah murtad:

1. Hamzah

2. Siti Zainab

3. Anuar

4. Aishah (Bahasa Inggeris)

5. Tarmizi – bagusnya nama ini (Bahasa Inggeris)

Nota: Oleh kerana kisah Nor Aishah Bokhari dan Hartina telah menjadi isu yang sensasi, pengakuan mereka di Internet telah dipadam. Tapi pengakuan Nor Aishah berjaya “diselamatkan”, ini adalah salinan pengakuan bersumpahnya

Jadi apa kaitan dengan tajuk entry ini? Lihatlah artikel di bawah tentang Melayu Singapura:

Melayu lupa diri

Jika gambar terlalu kecil untuk dibaca, download dalam bentuk PDF di SINI. Semoga Melayu di Malaysia akan terus teguh imanya walau digoda sehebat manapun. Allahu Akbar!!

31 responses to “Bila Melayu Bukan Islam…

  1. apa dah jadi ngan Melayu Singapura ????? Jangan kita pulak yang ikut dah lerrr!!!

  2. rupanya ramai melayu / Islam yang dah sesat

  3. janganlah kamu sesat wahai hambaku.. ingat selalu yg maha kuasa

  4. salam sahabat..
    Allah Hu Akbar kembalilah ke pangkal jalan sebelum kita terlewat

  5. dah banyak dah berlaku perkara ini..
    kalau dekat indo, memang lagi susah nak bezakan mana yang Islam..

  6. Kat Malaysia Kata Tan Sri Harun Sani udah 100,000 orang murtad

  7. Pilihan agama memang hak individu.. tapi tak boleh dibiarkan begitu saja..

  8. Risau memikirkan situasi masyarakat Islam sekarang ni. Terlalu ramai mengaku Islam tapi tak mengamalkan cara hidup Islam yang sbenarnya. Kenapa ya? Rasanya kerana tak begitu menjiwai semangat Islam yg sebenar. Bagaimana nak menanganinya? Jom kita mulakan dengan mengimarahkan masjid.

  9. kuatkan pegangan, kuat kan iman. harap xjadi mcm tu. amin.

  10. Islam Agamaku.hidup dan mati ku untuk Islam kerana Islam..walaupun susah,papa kedana tidak berharta..aku magu mati dalam ISLAM…. Bagi yang dah sesat..pulanglah sebelum nyawa terlepas dari halkum..ALLAH HUAKHBAR….

  11. Pingback: Melayu Murtad Kutuk Ibadah Puasa | Hitam Putih Kelabu

  12. moga keimanan kita akan ttp untuh kapa yang satu.Amin

  13. dorang ni semua mengaku tahu tentang Islam dengan mendalam..belajar tentang islam sampai ke uni..ada tu yang ambik pengajian Islam..bull shit..kalau ambik pengajian Islam tapi tak tau kenapa di akhir zaman Allah turunkan Nabi Isa a.s..dan jugak tak tau yang di padang masyar itu Allah yang menjadi hakim menghitung dosa dan pahala kita..kenapa buat2 terkejut pasal benda ni seolah2 tak pernah dengar..budak kechik pon tau..please la..ni semua propaganda kafir laknatullah sendiri nak create conflict dalam kalangan muslim..ntah betul ntah tidak wuduk individu yang di katakan buat pengakuan murtad ni except for aisyah yang menggemparkan negara dan dilaporkan dalam media..

  14. hmm… islam hanya pd nama? lihat sekeliling, dah banyak perkara yg berlaku, sy tak terkejut melihat cerita di atas. di kaw. elit di SA ada beberapa RAMAI masyarakat yg zahirnya MELAYU, tetapi dlm senyap2 pegi ke gereja.. di mana agama mereka?

  15. di dalam gereja la…
    inilah kaum melayu malaysia, terlampau merosot dalam fikiran sampai lupa “jaga kain diri sendiri”

  16. kebanyakan wanita or lelaki yg murtad sbb nk ikut lelaki or pempuan yg non muslim. tajuk paling sesuai untuk mereka ni ” Kerana *&*&*& aku murtad”. benci sgt dgn golongan ni sbb otaknya letak kt lutut. pura2 tahu pasal islam tp tak tahu mcmana nak menikmati keindahan islam. bodoh sungguh…

  17. Islam di Malaysia sudah menghala ke fanatik. Bila fanatik sangat, org islam jadi hilang hala dari tujuan sebenar agama. Ramai yg meninggal kan Islam kerana Islam menjadi terlalu sempit di Malaysia. Anak2 kecil baru bertatih dah di pakai kan hijab. Pakai tudung pun kena hentam,ini itu tak betul, tak pakai, lagi lah! kena cerca, maki, mencarut terutama nya di internet tak kira lah sama ada di blog atau face book.

    Islam ada lah bimbingan hidup…ada bnyk pengertian dan tafsiran dr Quran.Tulisan Quran bermakna yg luas….kerana ayat2 nya berkias2. Ada pihak menyempit kan tafsiran membuat kan sulit serba serbi utk hidup. Itu semua boleh buat orang berpaling mencari ‘makna’ ketuhanan kepada yg lain.

    Islam juga di anut secara salah. Islam di jadi kan seolah bagai kan ‘harga diri’ seseorang itu. Orang putih kata ‘can get so personal’ kalau ada org kata mengata pd agama. Apa salah jika diam. Kerana hubungan ketuhanan tiada bersangkut paut dgn apa org lain kata. Tuhan kan ada…biar saja si pengata dan tuhan ‘deal with it’. Tapi ini tidak…org Islam suka menunjuk kan mereka ini org2 yg sensitif dan cepat hilang sabar serta pertimbangan. Maka org2 yg dalam Islam dan bukan Islam ada yg memikir, bertanya2…ada kah Islam membentuk peribadi sebegitu? Yg di luar negara lagi haru..spt negara2 Arab dan pakistan…mereka pegang senapang, tembak org terus! Itu sudah seumpama cerita labu labi…ambik kertas dan umpama kan kepala bapak dia. Islam itu di hati…bukan di buat harga diri!

    Buka mata lah org Melayu..jgn jadi mcm org2 arab dan pakistan. Org merantau jauh spt saya melihat buruk nya perangai mereka dan menjadi kan islam sebg saluran kepada ‘frustration’ mereka. Itu salah!

    Cuba belajar sabar kita org melayu…buat berpada2 jgn berlebih2 spt sekarang ni…jgn cepat mengutuk, mengata org. dan jgn berlebih2 sgt tang pakaian tu. Kalau ada yg suka nk pakai tudung ke songkok ke, biar kan..tp pd mereka yg tak mau, jgn di sumpah seranah di kutbah masjid atau sharahan. Kerana tujuan agama ialah hubungan ketuhanan, ikatan sesama manusia, kejujuran,dll yg mana lebih kuat dan patut di lebih kuat kan dlm dakwah.

    Tuhan itu satu..hak milik semua. Tuhan melihat kita secara rohaniah bukan luaran. Kalau tudung labuh atau bersongkok,atau sembahyang tak tinggal waktu tp hati busuk, dengki,tak jujur,mulut menyumpah2 pun tak guna juga.

    Toleransi pd agama lain itu penting. Semua org ada hak memilih. Selagi bukan agama bunuh diri beramai2, sex beramai2 yg songsang tu…Cara yg pertama maklum balas pd tulisan ini boleh di agak…sumpah seranah, maki hamun dan mencarut.

  18. kisah sume ni bkn rahsia lg…dah lama jadi dah…banyak sebab yg menyumbang berlakunye benda ni…bg aku yang terbaik sekarang kita dekatkan diri dengan masjid terutama yang muda mudi…bnyk ilmu bole timba kt sana…benda yg benar mmg org akan rosak kan…kalo benda 2 dah x betul xda sapa nk pg kaco lg…yang di atas org akan cube buat smpi jatuh…ISLAM la yang benar dan yang di ATAS sbb tu banyak pihak cube rosakkn…kita x bole berdiam diri…kita ada hak pertahankan ISLAM..kita ada hak untu mara dn bertindak…penat je NABI MUHAMMAD juangkan islam dengan susah dulu…xkan kita nak pandang remeh skrg…aku seru saudara aku sume buatla apa yg terdaya…

    • Tu lah…spt di kata kan oleh “Noor” di atas…balik2 nk handle dgn cara perang…Nabi muhammad pertahan kan islam dgn perang…salah fakta kot. Itu sudah menunjuk kan imej Islam ialah kaki perang! Pembengis.
      Mana dia ajaran yg menggalak kan kita sabar? Kalau percaya Allah itu ada, apa yg di takut kan? Tapi apa pun, memang saya dah tawar hati pd Islam…sbb ramai yg macam awak lah…kasar, nk bunuh org dan kurang ajar!