Abang Sasa Takde Budi Bahasa

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com%5D

Pagi tadi seperti hari Sabtu yang lain aku bawa anak-anak breakfast di luar. Biasanya ke kedai mamak berdekatan. Dah lama rasanya tak singgah di Giant so aku bawa mereka ke sana untuk menikmati roti tisu dan teh tarik kegemaran.

Kedai mamak di dalam Giant berhawa dingin dengan 3 LCD TV yang selalu menayangkan program Astro, movie atau sukan. Dulu perkhidmatan wi-fi percuma juga disediakan tapi bila terlalu ramai yang membawa laptop duduk berejam tapi seorang je yang order minuman, tokei kedai menamatkan perkhidmatan. Baru aku nak berkira-kira lepak santai kat situ..

Sementara menunggu makanan yang diorder sampai, aku layan tengok TV cerita koboi. Tiba-tiba kerusi aku terasa di tolak dengan ganas. Biasa lah, meja di kedai mamak selalu diletakkan rapat-rapat untuk memaksimakan ruang sewa. Aku toleh ke belakang, seorang abang berbadan sasa (dilihat dari bahu bidang dan tricep yang menonjol) bersama keluarga duduk di meja belakang. Beberapa kali kerusiku ditolak, aku ke depan sedikit untuk memberi ruang. Mana pergi budi bahasa orang kita? Kalau dia minta aku ke depan baik-baik mesti aku buat. Tapi bila dibuat begitu, geram juga rasa..anak 5 orang, yang perempuan semua bertudung. Sebelum makan anak-anaknya membaca doa bersama-sama. “Bagus betul”, fikirku. Tapi kenapa abang sasa takde budi bahasa? Aku malas nak bertekak, lagi-lagi di depan rezeki. Lagipun aku tak rasa abang sasa nak pukul aku hanya kerana tempat duduk yang sempit. Biarlah….

Bila dingatkan semula, abang sasa inilah yang pernah bertengkar dengan seorang kakak semasa membayar di kaunter Giant kerana kakak tu membayar di lorong ekspres (kurang 10 barang) sedangkan barang-barang penuh satu troli. Walaupun setelah staff Giant memujuk abang sasa dan membawanya ke kaunter rokok (tiada pelanggan di situ) untuk mempercepatkan bayaran, dia masih sempat singgah di kaunter ekspress dan bertengkar dengan kakak tadi. Abang sasa cakap “tolong ajar anak kakak tu nanti, jangan dah besar jadi macam kakak. Educated la sikit!!!”

Ini pulak pesan aku kat abang sasa, “Tolonglah berbudi bahasa dan tunjuk contoh yang baik kepada anak-anak”

9 responses to “Abang Sasa Takde Budi Bahasa

  1. abang sasa tu macam ketam nak ajar anak berjalan lurus, dia sendiri yang senget!!!

  2. sebab dia sasa dan rasa berkuasa….

  3. aduhai… malunya kalau abang sasa tu bapak saya.. kesian anak & isteri kena tebalkan muka bila ayah & suami tak hormat orang..

  4. badan je sasa tapi otak tak sasa pun

    • Kadang2 orang ni badan je sasa..tapi takde pun sumbangan kepada orang lain dari “kesasaan” tu…ajak gotong royong pun malas..

  5. adat la bro… ketam memang pandai ajar anak jalan lurus
    sedangkan dia sendiri jalan mengereng… hehehe

  6. Pingback: Gym Free Untuk Kesihatan | Hitam Putih Kelabu