Robohnya Tembok Bersejarah Itu..

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com]

Malam ini tembok bersejarah itu akan hilang. Mungkin tiada signifikan kepada orang biasa tapi bila dilihat dari sudut sejarah, ianya mempunya nilai tersendiri. Aku tidak mahu membicangkan sebab Penjara Pudu ditutup kerana ada banyak versi mengenainya.

Memang Penjara Pudu yang dibuka pada tahun 1875 ini tidak lagi diperlukan di tengah-tengah Kuala Lumpur. Kawasan yang besar tetapi tidak digunakan sebaiknya hanya menyemakkan pemandangan. Lebih baik dibina kompleks membeli-belah atau bangunan kedai yang boleh menyumbang kepada ekonomi.

Malam ini keseluruhan bangunan dan tembok Penjara Pudu akan dirobohkan. Penjara bersejarah ini telah menjadi tempat di mana ribuan penjenayah telah dihukum dan dipenjarakan. Ia juga pernah mencatat sejarah kerana mempunyai mural terpanjang di dunia. Robohkanlah…kerana ia sudah tidak berguna. Tapi tembok pintu depannya patut dikekalkan. Sekurang-kurangnya ia akan menjadi landmark yang akan diingati atau mungkin juga tarikan kepada para pelancong untuk merakamkan gambar di tembok bersejarah ini.. Ada orang kita peduli?

Pintu Depan Penjara Pudu

12 responses to “Robohnya Tembok Bersejarah Itu..

  1. MEsti rasa lain bila lalu situ dah takde pudu jail…
    Aku selalu lalu situ dulu2 dan memang sayang….kalau buat museum pun bagus…

    • Ko lalu je kan? tak masuk? hehehe gurau bro..banyak sangat bangunan bersejarah yang nak dirobohkan..lepas ni Airport Sungai Besi pulak.. 😦

  2. betol tu . . mesti rase lain bile lalu situ..
    alaa, tak sempat nak tunjuk kat anak cucu itu penjara .

  3. saya cdgkan kerja-kerja meroboh tembok pnjar pudu ditguhkan terlebih dhulu..beri peluang kpd rakyat mlysia mlwat di skitar dlm pnjuru pudu…cz rmai rkyat mlysia yg x pnh msk dlm pnjr pdu..myb blh bri pgjran kpd plwat..lgpun ktrag ni bkn bks bnduan,bkn pnjenayah….hehehe..rsa terkilan gak bila govt nk rbh..tp nk wt cm ne..dmi kbaikan dan keselesaan..kpd rkyat.

  4. Perubahan yang berlaku..
    Tak pe lah.. Semoga ianya menjadi kenangan.. he hehe. apa dah aku membebel

  5. bnyk kali jugak lalu situ..tapi x pernah tau pulak tempat tu penjara..hehe x pernah peduli pun..iye laa..ape kita peduli kan?

  6. elok jugak kalau roboh pun, dah lama sangat…. lagi pun dah tak digunakan lagi…. mural terpanjang tu pun dah pudar….