Mawi “Hilang” Sebab Suka Mengarah

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com%5D

Sudah lama kita tak dengar berita tentang Mawi, Raja SMS yang suatu ketika dulu menggegar dunia seni Malaysia dengan fenomena sumawi. Programnya di Astro pun sudah tidak disiarkan lagi.

Pendapat tentang mengapa Mawi hilang popularitinya:

1. Terlalu banyak penglibatan Ekin dalam rancangannya. Peminat menyuarakan rasa kurang senang dengan kelibat Ekin dalam program Mawi di Astro. Ekin sepatutnya kekal menjadi pengurus Mawi dan bukannya turut sama enter frame dalam rancangan tersebut. Kalau sedikit mungkin tak mengapa, tapi kalau dah setiap kali ada sahaja penampilan Ekin, peminat jadi jemu. Mawi yang ingin mereka tonton, bukan isterinya!!

2. Komunikasi yang kurang bijak diperlihatkan oleh Mawi setiap kali ditanya soalan oleh wartawan. Pernah beberapa kali di TV Mawi menggunakan ayat yang agak “sombong” bunyinya menyebabkan peminat mula berkurangan. Aku pernah menonton melodi apabila Mawi ditanya tentang mengapa sering membawa / melibatkan Ekin dalam programnya.  “Bini aku, suka hati akulah nak bawa dia ke mana”. Itu benar, tapi cara menjawabnya agak kurang berhemah. Mungkin jawapan yang lebih baik seperti, “Saya rasa tak ada salahnya saya bawa dia kerana dia isteri saya”. Cara komunikasi ini penting buat Mawi kerana dia adalah ikon yang disukai kerana watak dan peribadi yang menjurus kepada dakwah. Jika tidak masakan Tuan Guru Nik Aziz menjemputnya mengadakan konsert di Kelantan!!

Dalam diam rupanya Mawi sudah mula berjinak-jinak dalam dunia pengarahan. Telemovie pertamanya berjudul “Pak Nil, ibu kirim salam” akan menemui peminat pada Hari Raya nanti.

Ia mengisahkan seorang remaja bernama Ramlan lakonan Along Cham seorang remaja yang menghidap sindrom Asperger terlalu meminati pengacara Aznil Nawawi atau Pak Nil. Ramlan yang kematian ibu dijaga oleh ibu tirinya lakonan Didie Alias. Sebelum ibunya meninggal dunia, arwah pernah berkata sekiranya Ramlan berjumpa Pak Nil suatu hari nanti jangan lupa menyampaikan salam ibunya pada Pak Nil. Berbekalkan RM400 hasil wang simpanannya, Ramlan bertekad untuk berjumpa artis idolanya itu.

Tutur Mawi, telefilem Pak Nil “Ibu Kirim Salam” yang akan ditayangkan pada hari raya keenam pukul 12 tengah hari di saluran Astro Prima itu turut memuatkan lagu baru nyanyiannya yang berjudul Yang Maha, ciptaan Supi dan lirik olehnya sendiri.

Selain itu, MW Entertainment yang dimiliki oleh Mawi telah menerbitkan sebuah drama bersiri yang berjudul Seruan Pulau Nami yang menjalani penggambaran di Korea Selatan.

Drama bersiri 13 episod yang bakal menemui penonton sekitar awal tahun depan itu dibintangi oleh Elly Mazlein juga memuatkan sebuah lagu baru yang cukup berbeza daripada Mawi berjudul Menanti Hikmah ciptaan Hudsone, seorang pelajar Malaysia di Korea dan liriknya digubah oleh Mawi dan rakannya Talib.

Jelas Mawi, pada usia 29 tahun, perjalanannya sebagai seorang insan seni masih jauh. Dia ingin mencari ilmu kehidupan dan akhirat selagi nyawa di kandung badan.

“Banyak lagi benda yang ingin saya cuba kerana sebagai manusia kita tidak pernah puas. Sekarang saya sudah semakin sibuk tetapi fikiran semakin tenang. Kehidupan juga semakin teratur,” luahnya.

Sumber: Kosmo! OnlineHiburan

15 responses to “Mawi “Hilang” Sebab Suka Mengarah

  1. kadang-kadang bahasa mawi agak kasar…tapi orait jer kalo buat golongan muda…kat makcik2 tak sesuai r…

    dia dah jadi pengarah ek? bagus2…

  2. ptut la jarang nmpk mawi skng ni. tp slalu nmpk je kt masjid bangi. hahaha. bnyk kali kowt jmpa tgur. hee😛

  3. wah senyap2 dah jadi pengarah..hebat gak tu..

  4. dah lama tak dengar cerita mawi..
    dengar2 dah jadi pengarah filem ye..

    kalau nak dilihat, maybe ada yang setuju mawi dulu dan sekarang sudah lain..

  5. memang aku pun perasan yang mawi nie tak pandai nak berkomunikasi ngan pemberita… peminat yang tengok pun jadi menyampah gak akhirnya !!! yang penting sebenarnya, jangan cepat lupa diri dan jangan cepat meninggi diri… orang benci !!!!

  6. Siapa ni mawi ni?
    Hahahahaha….😛

  7. dulu suka bgtu2 jer tak der le minat sgt tapi bila dia dah kwin alahai rasa jwpan dia tu mmg meluat heee..

    suara dia mmg bestkan😉

  8. makin luaslah cabang yang bakal di terokainya😉