Peluang Ke Universiti Harvard,Oxford,Cambridge,Yale

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com%5D

Ini berita baik bagi pelajar UiTM yang memasang cita-cita untuk ke universiti ternama seperti Harvard,Oxford, Cambridge dan Yale. 25 orang pelajar dengan gred tertinggi akan dipilih ke universiti pilihan dengan biasiswa untuk meneruskan pengajian dibidang sarjana dan PHD.

Semoga lahir lebih ramai pelajar yang kompetitif di bidang akademik  dari peluang ini. Mereka inilah harapan masa depan bangsa dan negara.

P/S Apasal la dulu takde biasiswa ni..?.kalau tak nak jugak aku try!🙂

KUALA TERENGGANU: Graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang mencatat kelulusan kelas pertama Ijazah Sarjana Muda akan ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan pengajian di universiti ternama dunia.

Naib Canselor UiTM, Datuk Dr Ir Prof Sahol Hamid Abu Bakar berkata seramai 25 pelajar yang mencatat keputusan cemerlang dengan nilai gred mata (GPA) 3.75 ke atas setiap tahun bakal menerima biasiswa untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) menerusi program ‘Meletak Melayu dalam Peta Dunia’.

“Kumpulan graduan pertama yang terpilih untuk mengikuti pengajian di unversiti ternama dunia seperti Oxford, Harvard, Cambridge, Yale dan yang terkemuka di beberapa negara lagi akan diumumkan November ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya UiTM telah berbincang dengan universiti-universiti berkenaan berhubung penempatan graduan dari 25 jurusan yang ditawarkan universiti itu.

Menurut beliau, graduan terpilih akan disyaratkan bekerja dengan universiti itu selama tujuh tahun sebaik menghabiskan pengajian.

“Biasiswa untuk projek khas ini dibiayai pihak universiti. UiTM akan pilih kursus dan tempat pengajian yang sesuai untuk graduan yang terpilih ini,” katanya.

Beliau sebelum itu merasmikan Seminar Ekonomi dan Perniagaan Antarabangsa 2010 di sini, yang disertai pensyarah dan graduan Sarjana dan PhD dari pelbagai negara.

Seminar anjuran UiTM itu antara lain membincangkan berhubung sistem kewangan Islam yang terkenal di negara ini yang menarik minat negara bukan Islam untuk turut mendalaminya.

16 responses to “Peluang Ke Universiti Harvard,Oxford,Cambridge,Yale

  1. untuk pelajar uitm jer ek..huhu

  2. amboi. untung la yg mne budak2 pndai tu. huhu. tu la budak uitm je ek?. hahaha

  3. wah.. best2.. ak pun rasa nak g jugak..

  4. rindulah pula zamn beajr..

    semoga berjaya nnti🙂

  5. betul tu !!! Melayu BOLEH !!!!

  6. nanti akan muncul suara-suara yang membangkang usaha ini🙂

  7. chayola.. go go go..

  8. prosedurnya gmn bro