Risiko Hotel Tiada Sijil Halal

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com%5D

Dulu ade jugak pergi ke hotel untuk berbuka puasa. Masa tu range buffet Ramadhan cuma RM30-50 sahaja. Tetapi sejak kenaikan harga ke lebih RM70 ni, rasa rugi pulak kalau ke hotel, baik makan di restoran biasa sahaja. Sejak dua menjak ni kalau bulan puasa, makan sikit dah kenyang. Mungkin ada berkatnya..mungkin jugak hanya faktor usia..

Kalau makan di restoran biasa, sekurang2nya sempat lagi bertarawih selepas tu. Siapa yang nak ke hotel jugak, pastikan ia ada sijil halal yang sah..jika tidak begini lah jadinya.. (keratan Harian Metro)

PETALING JAYA: Sos mengandungi alkohol dan arak digunakan sebagai bahan masakan juadah berbuka puasa. Itulah yang dibongkar penguat kuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berikutan operasi khas ke beberapa hotel di sekitar Lembah Klang, semalam dan kelmarin….

“Ketika memeriksa di dapur makanan Cina dan barat, kami menemui deretan botol arak masakan dan sos beralkohol diletakkan di rak khas. Setiap botol arak dan sos itu kandungan alkohol melebihi 10 peratus.

“Selepas disoal siasat, tukang masak di hotel berkenaan mengaku mencampurkan arak dan sos beralkohol ke dalam masakan bagi menambah perisa hidangan.

“Tindakan mencampurkan arak ke dalam masakan yang kemudian disajikan dalam hidangan bufet berbuka puasa jelas perbuatan melampau dan memperdaya pengguna Islam yang berbuka puasa di hotel berkenaan,” katanya. ..

…..menasihatkan pengusaha hotel yang belum memiliki sijil halal tidak menyalahgunakan mengelirukan pengguna termasuk penggunaan terma ‘Bufet Ramadan’ kerana ia menggambarkan persediaan makanan halal sedangkan hakikat sebenar belum terbukti.

4 responses to “Risiko Hotel Tiada Sijil Halal

  1. aku rasa,tak terpantau penguatkuasa nak jengah dari dapur ke dapur setiap hotel😦

  2. aq selalu tgk rancangan masakan dkt Astro Channel AFC..org barat mmg suka masak campur dgn alkohol..tak hairan klu chef dkt hotel pn buat begitu juga..lg pun hotel mmg menjadi tumpuan org2 Barat kanss…