Cabaran Bulan Puasa

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com%5D

Aku bertolak dari rumah untuk ke pejabat seperti biasa, walaupun hari ini hari pertama berpuasa. Jalan nampaknya sedikit sesak..tak tahu apa puncanya. Pagi tadi bersahur ala kadar..sebab aku memang tak suka bersahur walaupun dah mengenali gastrik sejak dari sekolah rendah lagi..haha lebih pentingkan tidur dari perut..

Cabaran untuk aku di bulan puasa ni ialah pada minggu pertama. Kepada penghidap gastrik, ini cubaan paling besar terutamanya selepas melewati waktu makan pada hari-hari biasa. Pengeluaran asid perut akan menguji samada aku boleh menahan sedikit kesakitan dan menamatkan puasa dengan jayanya. Satu lagi cabaran aku ialah untuk tidak sangap selang 10 minit! Sewaktu driving pagi tadi pun dah tersengguk-sengguk, seperti mengiyakan sesuatu yang diperkatakan oleh penyampai radio.

Tapi kebiasaanya, cabaran pertama akan dapat dilalui dengan mudah. Cuma perlu kawal nafsu makan dan mengelakkan dari berjalan ke tempat yang tidak perlu. Cabaran kedua lebih sukar untuk diatasi. Pada hari biasa pun selalunya aku sangap selepas makan tengahari..ditambah pulak jika hari itu beban kerja kurang…silap haribulan tidur jap kat meja. Dapat 10 minit pun jadilah..

Pernah tak aku tinggal puasa? Memang pernah..1-2 hari kerana gastrik. Tetapi jika ada yang mengatakan dia tak boleh berpuasa (selama sebulan) sebab gastrik, itu bohong namanya. Kerana puasa sebenarnya baik  untuk perut kerana ia memberi “rehat” yang diperlukan olehnya selain dari melatih kita untuk menahan nafsu makan bila keadaan memaksa. Faedah puasa dari segi agama semua orang dah tahu, tak perlu dihuraikan. Cuma, kalau sesiapa ada formula untuk menghilangkan mengantuk, bolehlah bagi tips sikit. I really need it!!! (skipping la sket) …🙂

Sebagai panduan bolehlah rujuk kepada kod etika Muslims untuk bulan puasa ni…

9 responses to “Cabaran Bulan Puasa

  1. pasal mengantuk tu cuba ko guna sabun tahan mengantuk,adam :)….aku dengar sabun tu berkesan…insyaallah.

  2. perut kosong ..dah tentu mengantuk… aku pun…masa rehat… sembahyang pas tu tidur jap kat surau. dapat tidur kejap pun ok ler !!!

  3. hari ini puasa boleh tahan cabarannya.. kelas dari pagi sampai petang… mengantuk juga… walaupun tak paham.. hik2

  4. aku gastrik jgk. hoho. tp skng dah okae r. bley la kawal jgk. aha. kndg2 je berbnyi n pedih. huh. saba je.