Orang Johor Tinggi Semangat Patriotisme

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com]

Aku nak puji orang Johor sikit lah..bukan sebab orang rumah aku orang Johor dan bukan sebab orang Johor dah bayar aku untuk entry ini. Pujian ikhlas ini diberi apabila melihat semangat patriotisme yang tinggi di kalangan orang Johor.

Aku pernah belajar di Johor, lama dulu…dan sesuatu yang menarik di Johor selain dari baju Melayu Teluk Belanga yang dipakai oleh lelaki ialah tentang cara mereka menyambut kemerdekaan. Setiap kali bulan Ogos tiba, budak-budak lelaki di kampung pun sibuk menyiapkan bendera. Selain dari dipacakkan di rumah, bendera turut di pasang di belakang basikal.  Mereka akan ke sana sini dengan bendera negeri Johor atau bendera Malaysia diikat pada belakang basikal.

Dulu aku ingat amalan ini hanya dibuat apabila ada acara penting sahaja tetapi sehingga ke hari ini amalan ini masih diteruskan. Sungguh bangga mereka membawa bendera ke serata pelusuk kampung. Sekurang-kurangnya (yang aku dah lihat sendiri) amalan ini di buat di daerah Segamat, Muar, dan Batu Pahat tapi aku yakin, ianya juga jadi trend untuk daerah lain di Johor. Bendera yang digunakan pun bukanlah bendera gula-gula yang boleh dibeli dengan harga RM1, tetapi bendera kain sebenar yang biasa dinaikkan di tiang atau di pasang pada pejabat. Satu simbol betapa tingginya semangat patriotisme di kalangan orang Johor.

Untuk orang Johor, aku nak kata, “Aku respect korang…tabik spring!!”

Orang Johor

Foto: Roslan Khamis

12 responses to “Orang Johor Tinggi Semangat Patriotisme

  1. ikut tabik springgg!!!

  2. maka aku pun tersenyum sendirian bila baca entry ini🙂

  3. yeah orang johor jugak… muar mari…hehe

  4. maklumlah Dato’ Onn Jaafar kan org Johor..tu yg tinggi semangat patrotisme..dgrnya org respect sikit dkt org Johor..

  5. slam bro..btul2,time sekolah2 dulu aku pun ada buat..