Sirih Pulang Ke Kuantan

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com]

Sudah agak lama tak balik ke kampung di Kuantan. Mak call beberapa kali suruh balik, ada buah manggis sikit katanya. Memandangkan bulan Ramadhan pun dah dekat (lagi susah nak balik kampung) dan ditambah pulak dengan trip Kujie ke Kuantan baru-baru ini, aku ambil keputusan untuk balik pada Hari Sabtu lepas. Tapi tak sempat la ke TC dan bermain ombak yang memutih. Oh ya! Entry ini memang tak ada kena mengena dengan sirih langsung!

Bertolak dari Kajang jam 2.30 petang Sabtu, belum pun jauh, anak-anak dah mengadu lapar. Stop makan di Restoran Nasi Dagang Ulik Mayang (dulu Sheila Rusly punya) sebelum masuk ke Highway Karak. Boleh kata sepanjang jalan hujan lebat..passenger sumer tidur, tinggallah aku terkebil-kebil driving sendiri.

Sampai di Kuantan jam 6.00 petang, terus singgah di rumah kakak ipar untuk bermalam di sana. Malam tu kami makan malam di Restoran Santai di Tanjung Lumpur. Aku sendiri pun pertama kali ke sini..nama je kampung sendiri! Kebanyakan restoran seafood di sana penuh sesak pada hujung minggu. Tetapi kerana kawasan Restoran Santai yang luas dan juga suasananya tak ubah seperti sebuah rumah banglo yang besar (asalnya memang rumah kot) siap dengan wakaf, kolam, LCD screen besar di luar dan di dalam kedai, makan malam hari tu sungguh seronok.

Restoran Santai

Meera di kawasan taman Restoran Santai

Entrance tepi Restoran Santai

Entrance tepi Restoran Santai

* Gambar2 lain tak dapat di post sebab ia hilang secara misteri.. pelik tul..

10.30 pagi Ahad bertolak ke rumah mak..(15 minit je..) dan mak seperti biasa lah..tengah sibuk nak memasak untuk makan tengahari. “Ko pergilah ambik manggis kat belakang tu”. Aku ajak anak-anak sekali sebab diorang ni memang tak pernah tengok pokok manggis pun. Keluar je dari rumah, diraong dah menjerit-jerit. “Pa nak buah ceri!!” Layan je lah…Meera yang tak sabar terus memanjat dan memetik buah ceri untuk adik-adik.

Buah Ceri

Aku time kecik2 dulu pun suka gak makan ceri ni

Rupanya banyak buah yang tengah musim sekarang ni, rambutan, manggis, dan durian. Buah nam nam pun ada!

rambutan kampung

manggis

orang putih panggil mangosteen

buah nam nam

buah ni takde musim sebenarnya..selalunya mesti ada buah

Mak suruh aku petik manggis..tapi aku setakat petik yang rendah-rendah je la.. “Pegi la panjat..malas betul papa ko ni”. Aku bukan malas sebenarnya..malah bab-bab panjat pokok ni memang feveret..tapi sejak pembedahan tulang belakang aku dah tak berani nak buat aktiviti fizikal lelebih ni. So amik pakai galah je..sib baik adik tiri aku ade tolong panjatkan..dapat gak la sebesen.

mengait manggis

Meera dan sarah belajar mengait manggis..dapat sebiji kecoh

 

Suasana di belakang rumah ni memang nyaman. Dulu aku suka tidur atas pangkin. Sekarang dan ada hammock tali..kalau baring memang terus lelap punya.

tempat rehat ideal

tempat rehat ideal

Aku tengok anak-anak aku pun seronok bermain dengan sepupu diorang..jarang jumpa la katakan. Tu pun time kitorang balik si Ikmal anak saudaraku menangis..tak puas bermain dengan Adam dan kakak..

dari kiri: Dini, Damia, Sarah, Adam, Meera dan Ikmal

dari kiri: Dini, Damia, Sarah, Adam, Meera dan Ikmal

Mak dah siapkan “bekal” untuk di bawa balik; manggis, rambutan, limau bali,keledek dan jering.. Kalau lama lagi aku stay mahu penuh boot kereta..

Terbaik dari ladang

Terbaik dari ladang

Sebelum balik, ingat nak singgah sebentar di rumah adik aku yang baru mendapat anak (yang ke 3 dah…adik kepada Dini dan Damia) macam Azman Ishak. Borak punya borak, dekat 3 jam juga kat situ…last sekali pukul 6.30 petang baru bertolak balik ke Kajang..sampai jam 10.00 malam…memang penat, rasa macam nak amik EL je..takpe la..sekali sekala.. next trip ke Kuantan, cuti Hari Raya nanti..warghhh mengantuk!!

17 responses to “Sirih Pulang Ke Kuantan

  1. memang musim buah sekarang..
    kat perak ni musim buah rambutan.. meriah je tengok.. hehe

  2. seronok betul tengok gambar dusun ko tu…. suasana kampung memang nyaman… beruntung dapat merasa buah-buahan sendiri…

    aku ??? nak makan buah-buahan…kena beli ler….

  3. kalau dapat lepak kat hammock bawah dusun buah…. nyamannyer !!!!!

  4. oh..indahnya kg halaman mu heee

  5. hehehe.. sempat lagi tarik link eh bro… terima kasih.
    nanti tahun depan plak raya kat Maran, Pahang.
    boleh la kite berkenalan plak ye..

  6. kenal-kenalkan suasana kampung kat anak-anak,adam…..jangan jadi macam anak sedara aku,umur dah 20 tahun,makan ayam boleh kata hari-hari tapi belum pernah tengok ayam hidup !🙂

  7. salam singgah!!
    btw, nice blog~