Jodoh Di Batang Pokok

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com%5D

Sesiapapun nak kahwin kerana itulah fitrah manusia. Agama kita pun menggalakkan kita berkahwin apabila cukup syarat kerana memang banyak kebaikannya. Selain dari terhindar dari maksiat, mengawal nafsu ia juga dapat mengembangkan umat  Nabi Muhammad di muka bumi ini.

Tapi sekarang ramai yang masih single. Ada yang mahu membina kerjaya dahulu, tak pandai mengorat atau masih tercari-cari pasangan yang sesuai. Jika dilakukan dengan tidak berhati-hati mungkin jadi mangsa penipuan identiti seperti yang berlaku di Facebook. Kisah Sai Sailani dan lain-lain mungkin membuatkan orang takut untuk berkenalan di alam cyber. Tapi mungkin juga ada yang mengambil kesempatan dan menangguk di air keruh.

Tak kira apapun caranya, jodoh yang serasi mesti di cari. Tak mustahil ada yang berjumpa dengan jodohnya di batang pokok!!

Cari jodoh di batang pokok

Nak cuba cari jodoh?

P/S Ingin aku ingatkan di sini yang aku bukan agen cari jodoh malah langsung tiada kena mengena dengan mereka. So, call at your own risk!

16 responses to “Jodoh Di Batang Pokok

  1. kah.kah.kahhh!!! betul ker nie… cam tak cayer jer… kesian !!!!

  2. betullah tu..jodoh walau ketentuan Allah perlu juga berusaha, mencari

  3. walaupun jodoh tu di tangan tuhan
    kita mesti al berusaha untuk mencarinya

  4. haha.. kat pokok pun jadi.. ada jugak iklan cari jodoh ni kat baju pun ada…😀

  5. alahai cam perisik lah pulak heeee..

    jodoh ada dimana2 heee..dia dtg tanpa di undang heee

  6. sukar nak ulas isu sebab tak de pengalaman…kahkahkah tapi yang aku tau,sebagai lelaki sekarang ni memang sukar nak cari wanita yang boleh bawak 4 watak dalam 1🙂

    • 4 watak dalam 1..wow cane tu?

      • sebagai teman rapat…orang lelaki ni kadang-kadang dalam isu tertentu dia cari member kamcing untuk meluahkan perasaan.

        sebagai kekasih….walau sudah berkahwin ciri-ciri seorang kekasih masih sebati dalam dirinya,jadi si suami ni tak de lah nak menggatal bercinta dengan orang lain pulak

        sebagai isteri…boleh memikul tanggungjawab dengan berkesan

        sebagai ibu….mempunyai sifat keibuan.

      • Woo itu macam…satu perspektif yang baik…orang rumah ko kira power la Joe..

  7. wah.. kos pengiklanan yang sangat murah… hanya di batang pokok.. hehe…