Kenapa Memilih Lagu Seperti Ini?

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com%5D

Sudah lama terdengar lagu ini. Rasanya tak sesuai lagu sebegini diperdengarkan kepada umum. Ini bukan lagu Malaysia, lagu dari jiran kita Indonesia. Tapi aku tak mahu persoalkan tentang asal sesebuah lagu kerana aku sendiri mendengar banyak jenis lagu, samada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Apa yang lebih penting ialah mesej atau cerita yang ingin disampaikan di dalam lagu itu. Walau kandungannya tidak mempunyai bahasa lucah tetapi ceritanya bukanlah sesuatu yang patut kita nyanyi atau senandungkan.

Kamelia maafkanlah aku
karna ku tak bisa
temani tidurmu.

…Sudah cepat lupakanlah aku
jangan pernah ungkit masa lalu
ku takut kekasihku pun tahu
kau pernah menjadi simpananku

Siapa yang boleh mengubah keadaan ini?

1. Stesen radio / Kementerian Penerangan

Mereka yang terlibat secara langsung dalam pemilihan lagu terutamanya orang Islam sepatutnya lebih peka kepada lirik sebegini. Kementerian Penerangan perlu ada garis panduan yang lebih jelas tentang lirik dan mesej dalam lagu. Ini bukanlah kali pertama lagu yang melanggar peraturan penapisan disiarkan. Sebelum ini juga sudah banyak lagu-lagu Inggeris yang mengandungi perkataan lucah “terlepas” dari tapisan atau mungkin tidak difahami oleh mereka yang ditugaskan memantaunya. Perkataan seperti “tits” “ass” “fuck”, “boobs” dan banyak lagi, jelas tidak sesuai untuk pendengaran umum.

2. Pendengar / Peminat

Biasanya lagu diputarkan di stesen radio berdasarkan permintaan dari peminat. Lebih ramai yang meminta maka lebih banyaklah ia diputarkan oleh stesen-stesen radio. Janganlah kita leka dengan “keindahan” irama dan muzik sehingga lupa pada nilai akhlak. Ini prinsip asas ekonomi, jika tiada permintaan, takkan ada penawaran!

Apa jenis lagu yang kita pilih untuk dengar? Terpulang kepada masing-masing. Sekalipun kita tak berupaya atau mempunyai kuasa untuk menghentikan penyiaran lagu sebegini, kita masih mempunyai pilihan sebagai pendengar atau peminat. Tutup radio dan jangan buat permintaan lagu!

4 responses to “Kenapa Memilih Lagu Seperti Ini?

  1. senang tak payah dengar radio langsung pun ada baiknya jugak🙂

  2. Dinamik ni asal Kuantan…aku kenal diorang..sama2 jamming kat studio yang sama..dulu main lagu metal- nama “Eyeskiller”, tapi bila dapat contract recording main lagu jiwang, amik vocalist dari Sarawak