Jaga Ko Sotong!

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com]

Aku suka jugak la makan sotong ni..nak-nak yang fresh..mmm bakar cecah ngan sos, mmm sedap hingga menjilat jari. Hari ini tiba-tiba rasa nak makan sotong tu tinggi..haaa jaga ko sotong, memang aku kunyah lumat lunch nanti.

Lepas game Germany vs Spain pagi tadi aku memang dah niat nak belanja kawan aku makan sotong goreng kunyit. Ini “dia” punya pasal lah..buat ramalan Germany kalah..jaga ko sotong!! Orang kata kalau dah niat, tak baik kalau tak buat. So, aku akan belanja kawan aku tuh dan menikmatinya..

Apa rah percaya ramalan sotong? Germany kalah bukan sebab sotong tuh..tapi atas faktor-faktor berikut:

1. Rasa hormat yang terlalu tinggi kat opponent

Memang la kita kena hormat team lain, tapi janganlah sampai mengganggu prestasi. Spain belum pernah pun sampai final World Cup.

2. Terlalu defensive

Mungkin ini arahan coach dia yang mahukan Spain membuat kesilapan dan menghukum mereka dengan counter attack. Alah…tactic ni derang dah tau..patut kekalkan permainan pantas bila mendapat bola. Takkan nak defensive dan tunggu sampai penalti je?…Geram betul..

3. Terlalu bergantung kepada seseorang pemain untuk merancang serangan

Mueller tak main sebab digantung satu perlawanan. Sepatutnya yang lain kena ambil peranan untuk create play yang menarik dan membuat percubaan.

4. Spain terlalu terer?

Aku tak rasa Spain terer sangat pun cuma mereka memang punyai kebolehan untuk “pegang” bola. Penjaga gol derang memang terer..tapi kalau selalu kena “try” dengan percubaan jarak jauh, dia mesti fumble gak…ini tak, dia relaks je, jarang diuji..

5. Terlalu berhati-hati

Dari sepak mula aku dah rasa tak sedap hati, slow je..pastu passing ke belakang. Hei! Serang ke depan lah!!! Permainan kali ni pun kurang tackle dan body contact..tak macam Germany langsung…(peminat Germany dari Espana 1982). Yang belum dapat kad tu pun tak reti-reti nak robust sket…Ini bolasepak lah…bukan snooker!!

Walau apapun sebabnya, Germany dah terlepas peluang keemasan untuk membuka mata dunia tentang bakat-bakat muda yang derang ada. Kesilapan strategi menyumbang kepada kekalahan mereka, bukan sebab ramalan si sotong!!!

P/S Aku dah cancel cuti Isnin nih…takde mood aah….

Advertisements

8 responses to “Jaga Ko Sotong!

  1. sekarang sotong dah ada pesaing… burung pun dah mula buat ramalan gak!!!!

  2. Anyway.. tq belanja mkn walau pun sotong dah abis..

  3. German kalah disebabkan silap taktikal..taktik 4-3-2 sama digunakan Spain n derang da tau kelemahan German coz byk sgt publisiti for german

  4. hehe spain memang kuat lah..
    tak dapat dinafikan lagi..