Arja Lee Berbogel Untuk Dakwah

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com]

Filem ini menjadi cerita hangat dari awal pembikinannya lagi. Penerbitnya Raja Azmi berkeras untuk menggunakan tajuk “Anu Dalam Botol” walaupun mendapat kritikan hebat. Katanya dia ada mesej dakwah yang perlu disampaikan melalui filem ini yang dirasakan mampu memberi kesedaran kepada masyarakat.

Arja Lee sebagai salah seorang pelakon utama memegang watak sebagai Ruby, seorang transeksual. Mungkin betul kata Raja Azmi, ada mesej penting yang perlu disampaikan. Tapi takkanlah nak menyampaikan dakwah dengan berlakon bogel. Jelas sekali ini melanggar adab susila timur, apatah lagi masyarakat Islam. Nampak seperti ingin mencari publisiti murahan je. Kalau menteri tak tegur pun, penonton kita tetap tak boleh menerima bentuk filem yang terlalu “terbuka” seperti ini. Arja Lee mengambil keputusan berbogel untuk menghasilkan lakonan berkesan dalam adegan mandi. Kalau sekadar tunjuk kaki di bilik air pun penonton tetap faham yang dia sedang mandi bogel. Penting sangat ke adegan mandi di dalam filem ini? Statement yang tak boleh belah sekali ialah “…jangan terkejut anda tidak nampak “anu” saya kerana saya telah “menyembunyikannya”. Siapa yang nak tengok ni? Kena ulas lagi ke? Tak payah lah…

Trailer

7 responses to “Arja Lee Berbogel Untuk Dakwah

  1. alamak!!! macam-macam kes artis kita kat Malaysia nie…semua dibuat atas dasar seni la konon…entah ler, tak paham aku!!!1 memang tak paham!!!!

  2. ni nak buat dakwah ke nak buat bisnes? entahlah..

  3. Pingback: Pengkid, Tomboy, Si Lembut – Tolonglah Jangan Double Standard!! | Hitam Putih Kelabu

  4. Arja Lee tu pelskon melayu ke?
    kalau x lawa xpyh la nk berbogel..
    kita tengok pun menyampah je rasenye..
    kalau lawa x pe la jugak..
    hehe