Awak Busuk Sebab Hujan

[tweetmeme htt://adamfaiz.wordpress.com]

Artis popular dan maju disebabkan peminat. Tanpa mereka siapalah artis. Tapi bila artis tu tulis “awak busuk” kepada peminat sendiri, seolah tak menghargai peminat. Dah lama aku dengar pasal ni tapi baru kini ia menjadi isu bila peminat yang tak suka dipanggil dengan gelaran yang tak sepatutnya membuat pendedahan di media.

Bergurau kalau tak kena pada tempatnya, akan mengguris hati orang lain. Bila berita dah jadi sensasi, artis tu minta sesiapa yang terasa untuk berjumpa face to face dengannya. Senang sangat ke nak berjumpa secara terus dengan artis popular ni? Kalau senang rasanya isu ni tak timbul. Bayangkanlah apa perasaan peminat yang berasak-asak untuk berjumpa dan mendapatkan autograf bila ditulis “awak busuk” padahal si peminat dah berbotol pakai minyak wangi. Daripada minat, terus jadi meluat dengan perangai sombong bongkak artis ni. Dia cakap dia akan terus bergurau begitu dan takkan berubah kerana tak mahu jadi hipokrit. Ini bukan soal hipokrit, tapi lebih kepada menjaga hati..Dan tiada salahnya kalau kita berubah menjadi lebih baik..

Dunia seni kita ni kecik aja..artis pun tahu. Jagalah hati peminat kerana merekalah yang “menyara” anda. Kalau ramai yang bagi komen tak suka dengan gelaran awak busuk, maknanya masa untuk berubah. Apa salahnya kalau ditukar kepada “awak comel”? Peminat pun suka dan artis akan lebih dihormati dan diminati. Yang pastinya peminat bukan busuk sebab Hujan, mungkin Hujan yang akan busuk nanti sebab kehilangan peminat.

3 responses to “Awak Busuk Sebab Hujan

  1. yeah betul…. kadang-kadang aku menyampah gak ngan artis nie..perasan sangat…!!! depa ingat apa sanja yang depa buat tu betul, orang suka !!! Podah!!!! Lepas tu, cara dia jawab pun sombong semacam jer (aku tengok dlm Melodi)… Macam hampeh…. kalau orang tak support dan tak beli CD, depa kat tak tolong artis tempatan, tapi…cara depa jaga hati peminat tu yang tak kena, cam na nak sokong!!! (MARAH nie!!!)

  2. sape yg ckp sebenarnya ni?
    nuh hujan ke?
    sekarang musim justin bieber..
    tak main la artis2 tempatan ni..
    haha