Ramainya Perempuan Beratur..Cari Gerai Lain Lah..

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com]

Bila tiba time rehat kat pejabat aku nih, sumer garu kepala. “Nak makan kat ner ah?”.. Soalan yang sama ditanya hampir setiap hari. Bosan makan kat tempat tu je. Nak makan kat luar, jauh pulak tu, dengan jam tanpa roti ni, hanya akan membazirkan masa di dalam kereta. Last-last, makan kat tempat sama jugak la..foodcourt yang jaraknya dalam 25 langkah dari pejabat.

Sampai di foodcourt, satu lagi “masalah”. Gerai mana yang nak pegi ni? Walaupun ada lebih 20 gerai makanan dan minuman cuma ada beberapa gerai sahaja yang menepati selera. Tapi bukan selera kita sahaja, kebanyakan orang pun suka gerai-gerai yang sama juga. Jadilah keadaan dimana gerai-gerai tertentu penuh orang beratur manakala yang selebihnya hampir tiada orang.

Bila dah set gerai mana yang nak pergi, satu lagi kriteria penting perlu diambil kira, panjang barisan. Kalau barisan tu panjang dan kebanyakan yang beratur adalah lelaki, ok lagi. Tapi kalau perempuan yang beratur lebih dari 5 orang, baik cari gerai lain je la. Bukan anti perempuan, cuma tak tahan nak menunggu diorang buat keputusan. Dah pilih lauk mana pastu belek lagi, itu baru satu lauk. Punya lah lama nak buat keputusan. Satu lagi perangai diorang yang aku tak tahan, dah pegi ke depan amik lauk sana, boleh pulak patah balik ambil lauk yang tadinya sudah dibelek selama 2 minit. Kalau sorang buat macam tu takpe la…tapi kalau dah hampir semua…angin satu badan aku nak tunggu!! Secara matematik ringkasnya, 5 orang perempuan yang beratur bersamaan dengan lebih 10 orang lelaki. So sekarang ade indicator baru, kalau ada 5 orang perempuan dalam barisan, kita cari gerai lain je la…kurang stress.

6 responses to “Ramainya Perempuan Beratur..Cari Gerai Lain Lah..

  1. emo nyer entry ni….tapi, i tak penah plak buat camtu..kesimpulannya, bukan semua pompuan memilih..

  2. “nak makan kat ner nie?”…. memang sama ngan soalan aku tiap-tiap hari !!!! Agaknyer semua orang mengalami masalah yang sama kot… Satu lagi…
    “Nak makan apa hari nie???”… fuh!! pening, pening !!! hari-hari lauk yang sama….. Nak bawak bekal ??? Tak rugged ler…!!! Water face kena jaga jugak…kah.kah.kahhh!!!

  3. hoho…ye ke cmtu…hurm…ade kemungkinan… he…😀
    http://polaroidblogger.com