Aku Bukan Nak Menggatal

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com%5D

Memang aku sedar diri ini bukan muda belia. Kalau isteri tak tegur aku pun, aku masih tahu tanggungjawab sebagai suami dan bapa kepada anak-anakku. Masa 1-2 jam sehari yang aku habiskan bukan nak menggatal, tapi sekadar blogwalking untuk melihat entry menarik dari blogger lain. Kalau entry yang berunsur promosi diri untuk mencari jodoh atau teman istimewa, memang aku takkan baca. Bukan itu sebab aku berblog. Satu lagi entry politik atau berbentuk hasutan, sori lah, aku tak minat. Banyak yang boleh dipelajari dari blog. Isu semasa, hiburan, trend, teknologi dan berbagai jenis informasi lain. Dulu orang ke perpustakaan untuk membaca, sekarang surfing di Internet.

Tapi mungkin rasa cemburu seorang  isteri kadang-kadang membuatkan dia curiga tentang keasyikan aku berblog. “Jangan buat mende lain sudah lah” pesannya beberapa kali. Mungkin kalau aku belikan beg  berjenama dapat hasil duit dari blog, baru lah dia akan faham. Bila blog sekadar untuk meluahkan pendapat dan pengalaman, memang susah sikit dia nak terima.  Bila aku ajak dia blogging sama, ditolaknya mentah-mentah. Tak pandai, takde masa, segan etc. Perempuan memang complicated atau memang ini resam manusia? Hanya mengiktiraf sesuatu yang zahir.

Antara blog kegemaran yang sering aku kunjungi:

  1. Cyza – ini blog favourite. Aku mesti lawati sekurang-kurangnya sekali sehari. Cyza berkongsi maklumat mengenai perniagaan online dan juga cerita-cerita mengenai dirinya. Aku tabik spring kat Cyza sebab dia seorang yang educated tetapi tidak lokek dengan ilmu. Aku percaya dia boleh pergi jauh di bidang ini walaupun setelah bergelar Dr. Ir Cyza nanti…(tambah Hj ek pastu bro?)

  2. Rohaizad – Pro Blogger ini rasanya tak perlu diperkenalkan. Semua dah tahu tentang kejayaan beliau menjana pendapatan dari blog-blognya. Ramai juga yang telah mengikuti jejak langkah beliau setelah mengikuti seminar smart blogging yang dianjurkan. Aku pun sebenarnya mula minat blogging setelah membaca entry menarik di blog beliau, kiranya pencetus semangat lah ni. Sifat sederhana beliau membuatkan blognya mempunyai ribuan peminat. Syabas Ijad!

  3. Kujie – Blog Kujie lebih santai dan peminatnya pun boleh tahan ramai. Antara faktor penyebab (aku rasa lah) ialah kerana entry yang ringan dan lebih dekat kepada pembaca. Di awal pembabitannya aku lihat Kujie banyak memberi tip mengenai blogging menggunakan Blogspot. Kini, dengan domainnya sendiri Kujie telah berjaya menawan hati ramai pembaca dengan entry bersahaja. Kujie juga aktif di forum GengBlogger untuk berkongsi pengetahuan dan pendapat.

  4. AriffShah – Ahli GengBlogger tentu kenal benar dengan brader ni. Banyak memberi tip-tip berguna untuk panduan blogger baru. Awek ramai yang suka sebab…sebab ape eh? Biarlah diorang jawab sendiri. Aku respect brader ni, walaupun muda tetapi sudah berjaya dalam masa yang agak singkat.

  5. Nuaeman – Bro sorang ni banyak membuat entry yang lebih bersifat nasihat untuk santapan rohani. Bagus untuk kita supaya tak mudah lupa diri dan terlalu asyik dengan duniawi. Walaupun aku tak mengenali beliau, tetapi aku suka lawati blognya untuk membaca entry terbaru. Teruskan usaha murni tu bro.

  6. EmilaYusof – Ini satu lagi blog berbahasa Inggeris yang popular. Hasil seni dari Emila telah mendapat pengiktirafan dari banyak pihak. Aku sendiri kagumi bakat seni dan juga pengalaman blogging yang turut dikongsi bersama suami dan anaknya.

Hampir kesemua blogger di atas (kecuali Kujie dan Emila – kita ni lebih kurang je) adalah blogger muda. Tapi aku tetap hormati diorang dengan kejayaan memperolehi pendapatan dan kredibiliti tersendiri. Blogging tak mengenal sempadan usia, kata Ijad. Semoga orang lebih memahami tentang blog dan tidak memandangnya sebagai aktiviti membuang masa atau mencari publisiti murahan. Dah tua weh. dah tak mahu publisiti ni sumer…. Untuk sang isteri, “Yang, walaupun papa suka blogging, ia takkan melunturkan kasih sayang untukmu…yang sentiasa di hatiku”. Agak-agak sejuk tak hati dia baca ayat ni…? Siapa yang tak sayang bini wooi.. 🙂

27 responses to “Aku Bukan Nak Menggatal

  1. Bro…aiseyman…dekat tengahari Jumaat ni, ko bikin aku terharu je…huhu….thanks for the link back bro…

    Bila ko nak ber dot com sendiri ni?

    • Hanya pendapat ikhlas aku tentang blogger pilihan…memang nak domain sendiri bro..tapi untuk niche tu aku tak berapa yakin dengan keupayaan aku lagi…kalau mula dengan personal aku berani la…hahaa..dah tua ni lembab sket bro..

      • Bro… you need to be confident in yourself…mana ada tua…those are just numbers….hati muda …ok lah

      • Hati muda eh? ..ok gak tu…jgn perasan muda dah le..aku gerak pelan-pelan pun dah kena sound nih…tapi lambat laun pasti “sampai” jugak kan?

  2. Salam Adamfaiz. Terima kasih kerana mengikuti blog saya dan juga menyenaraikan saya didalam senarai blog kegemaran anda.

    Saya pun bukannya muda, akan berumur 41 tahun pada bulan Oktober nanti.🙂

  3. “Yang, walaupun papa suka blogging, ia takkan melunturkan kasih sayang untukmu…yang sentiasa di hatiku”

    * That’s what blogging is all about… (kalau dapat buatkan isteri itu cinta dengan dunia blogging, itu adalah hadiah terbesar untuk diri sendiri🙂 )

  4. ish.. takdelah berjaya lagi kalau nak bandingkan dengan blogger lain. Cuma.. boleh la..

    Anyway, thanks for the link =)

  5. hehe..suruh je dia baca blog ni. Dia faham sendiri la nanti..

  6. tak pe… kalau isteri tu cemburu, maknanya dia sayang…kalau tak…dia buat tak tahu jer….

  7. kalau suami isteri pun berbloging mesti lagi mantap!

  8. Mungkin Adamfaiz boleh cadangkan niche terbaik yg paling isteri anda minat kot (bunga2 ke, resipi ke, jahitan ke, gosip artis tempatan ke, hanya sebagai contoh).. saya pun dah berjaya pujuk bapa saya untuk mula berblogging (cuma blog untuk pameran). cadangkan domain guna nama dia dan minta dia masukkan semua artwork/drawings yang dia lukis sendiri tu.

    • Mak aku ade FB dan blog sendiri…lepas tengok anak2 ada blog..Untuk isteri ni, nanti la aku cuba..dia tak minat nak menulis..drama Korea dia memang suka🙂

  9. Pingback: Replacing damaged MyKad: any penalties? | dress up bolg

  10. “Mak aku ade FB dan blog sendiri…lepas tengok anak2 ada blog..Untuk isteri ni, nanti la aku cuba..dia tak minat nak menulis..drama Korea dia memang suka”

    wah…stylo gle mak saudara adam neh…bagos la…maju…😉
    xpe bro…psl bini tu, pelan2…lmbt laun die akn dtg sniri feel nk berblogging tu ble tgk sume org kt sekeliling ade blog…🙂

  11. btw, psl domain sniri tu, sy cdgkn sdr adam beli la adamfaiz.com ke…bru la nmpk pro cket n bersungguh2…😉
    kne ade usaha, bru la kejayaan akn dtg…🙂

    psl niche tu…dun wry…start je dlu ngn personal…pstu masok la cket2 psl isu semasa, info2 menarik, tips2 dan banyak lg…
    insyallah, klu ape yg ditulis tu menarik dan berguna…org akn appreciate dan dtg balek ke blog kte…

    bt mse ni…sy tgk domain kt godaddy.com la pling bes…reliable n murah…tp kne pndai cri promo/coupon code la…klu x, mmg mahal cket…bru td je sy bli satu lg domain kt godaddy, USD $7.07…klu hrga asal, $10.69 (agak/sgt mahal berbanding website lain)…

    ni link website yg provide coupon/promo codes utk bli domain dgn harga yg murah…
    gd luck…😉

    Code ni plk utk dptkn domain “.com” dgn harga USD $6.89:

    • Trimas bro..siap bagi coupon lagi…aku dah survey dah coupun sebelum ni..disebabkan ramai yang memberi galakan, aku jadi semangat la plak..Nanti bila aku dah start, korang jangan lupa datang support aku eh… Aku juga akan return the favour..support korang jugak..

      Thanks again…

  12. Pingback: Cara Terbaik Mengorat Awek | Hitam Putih Kelabu

  13. Eh, trackback dari sini baru masuk ke blog saya hari ini… pelik… emm.. apapun terima kasih atas kunjungan ke blog saya bro