[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com]
Hari Isnin dan Selasa lepas aku bercuti selepas pulang ke Kuantan untuk menghadiri kenduri kahwin. Penat tak terkira dengan cuaca yang panas dan kesesakan lalu lintas yang memang dijangka. Aku gunakan masa cuti untuk menjaga Adam yang cedera di kepala akibat kemalangan kecil di kenduri tu. Juga untuk memberi semangat dan dorongan kepada Ameera dan Sarah yang menduduki peperiksaan. Untuk paper Bahasa Malaysia, Ameera berlatih menulis karangan dan aku semak untuk betulkan mana yang patut. Petang Isnin sekembali dari sekolah Ameera tersenyum lebar, “Papa karangan pergi muzium tak keluar, yang keluar pergi zoo. Kakak tukar sikit-sikit lepas tu hantar”. Gembira betul dia sebab dapat membuat karangan. Aku beri semangat lagi, “Itulah kan papa dah kata, kalau buat latihan, senang nak jawab periksa”. Dia senyum lagi..
Itu sahaja lah yang mampu aku berikan, galakan dan semangat supaya anak-anak terus belajar dan mencapai keputusan yang baik. Walau kadang-kadang aku marah bila melihat mereka bermain sewaktu belajar, tapi aku lakukan semua ini untuk kebaikan mereka juga.
Aku sentiasa mengingatkan mereka tentang pentingnya pelajaran dan betapa mencari ilmu itu dituntut dan kita tidak akan berhenti belajar sehingga kita mati. Sekurang-kurangnya, mereka dapat bersaing dengan kawan-kawan dan menjawab berdasarkan apa yang dibaca/pelajari. Bukannya hentam keromo seperti jawapan-jawapan di bawah:-
1. Jawapan berdasarkan bunyi perkataan
2. Logik tetapi tak betul
3. Kreatif bukan pada tempatnya
4. Bukan posisi yang ditanya
5. Bahaya perkataan yang hampir sama bunyi tetapi bertentangan maksud
6. Pentingya belajar sejarah
7. Geografi pun penting juga
8. Mungkin pengetahuan am dapat membantu
9. Pengaruh hiburan
10. Takkan soalan semudah ini ditanya..
11. Zaman IT, kita juga harus ikut arus
12. Sejarah tamadun manusia
13. Istimewa untuk pengguna wordpress..
Haha…anak akupun exam week gaks…
semalam dapat result sekolah agama…dia for the 1st time dapat 100….terharu aku dan mak dia…
Memang bangga kalau diorang score..kalau tak score pun tak la marah. Cuma tak mahu diorang tercicir sebab malas belajar…
gitu le agaknye, mak bapak kita risaukan kita suatu masa dulu yea…. sekarang giliran kita pulak nak ajar anak-anak tentang kepentingan pelajaran…..
hanya mahukan yang terbaik dan galakkan mereka berusaha..itu yang penting. Keputusan tu secondary..
bila dah besar sikit ni baru la paham kenapa pentingnya belajar kat sekolah ni..ptut la parents x kasi ponteng sekolah dulu..
Dan bila ko dah ada anak nanti baru la ko paham susahnya membesarkan dan mendidik mereka..amanah yang tak boleh kita ambil mudah…
sy nak soalan tgkatan 4..