[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com%5D
Baru-baru ini kerajaan dah umumkan kenaikan harga barang-barang tertentu, dan penghapusan subsidi. Memang kita tak patut dimanjakan dengan subsidi jika ingin bersaing dengan bangsa lain. Tetapi dari sudut lain, subsidi petrol umpamanya memberi faedah kepada golongan berpendapatan kecil dan sederhana (macam aku jugak la) untuk menyara kehidupan.
Kerajaan berhak menaikkan cukai dan memansuhkan subsidi, tapi macamana pulak dengan kadar gaji? Kalau dilihat dari segi indeks kenaikan harga barang, langsung tak sepadan dengan kenaikan gaji yang hanya naik seciput setahun. Dalam sesetengah syarikat kenaikan gaji tak sampai RM100 pun setahun sedangkan harga tol naik 2 kali. Berat juga untuk juggle perbelanjaan dan seimbangkan dengan keperluan keluarga. Aku bukan bercerita tentang ingin bercuti bersama keluarga di hotel 3 bintang 2 kali setahun. Kerana kekangan duit, selalunya hanya membolehkan aku menyewa hotel murah atau tempat penginapan milik syarikat yang disewa pada kadar rendah. Itupun cuma sekali setahun sahaja. Bercuti ke luar negara hanya impian yang datang sekali sekala di kala nyenyak tidur akibat kepenatan bekerja.
Ada kawan yang pernah bekerja di Indonesia selama beberapa tahun. Katanya, secara purata pekerja dengan kelulusan Ijazah dan 5 tahun pengalaman mempunyai gaji sebanyak US2,500 @ lebih kurang RM7,500 sebulan. Di sini mungkin golongan profesional atau yang mempunyai kabel besar sahaja yang dapat gaji sebesar itu. Ramai yang masih mengeluh dengan gaji yang hanya cukup untuk 2 minggu, selepas itu keresahan berulang. Dengan anak yang semakin membesar dan keperluan yang meningkat, kita perlu mencari alternatif lain untuk memperolehi pendapatan dan menabung untuk masa depan dan hari tua.
Kalau yer pun nak hapuskan subsidi, nak tiru Singapura, kena lah pikir pasal kadar gaji rakyat dulu. Dalam hal gaji tak nak pulak sama kan dengan negara jiran kita tu. Negara kita kan ada banyak pakar ekonomi, tak kan diam jer kot. Tolong lah pikir cara nak tolong rakyat. Pikir lah cara nak buat untung dgn cara lain bukan naikkan harga barang dan income tax jer. Budak sekolah rendah pun boleh pikir cam tu.
Bila ada yang selesa bekerja di luar negara kerana gaji yang lebih, dituduh tak ada semangat cintakan negara. ..Malaysia ni ada ramai cerdik pandai sebenarnya..
harga barang naik … gaji tak naik….pening2
bila citer bab kerja..semua nak tip top…. bila citer bab gaji…???
Aku rasa gaji pekerja ni dah lama patut disemak..kalau kerja kerajaan ada gak yang tolong naikkan, tapi kerja swasta ni macam anak tiri pulak
yea lah… memang betul kata ko…terasa macam anak tiri plak….
bila minyak turun… harga barang tak nak turun pun??? grrr!!!
harga barang turun payah la..semua nak untung lebih je
Memang berat untuk ditelan tapi memang kena hadap juga.
MAcam mana pun kena buat part time online atau lain2 dan jana income/save dan invest…kalau tak…takde sapa nak tolong kita….
Kena tolong diri sendiri dulu….
Hehehe…terasa aku dengan komen ko…tapi betul, sape yang nak tolong orang dizaman materialistik ni…kau kau punya hal, aku aku punya hal..
Kita boleh berjaya bersama-sama bro…
positif sungguh…
zaman kau tolong aku, aku tolong kau dah lama berlalu…tambah-tambah kat bandar besar cam KL…kat kampung tu masih ada le sikit-sikit budaya tolong menolong nie (walaupun tak tahu taraf keikhlasannyer…!!)
Pingback: Harga Gula Naik, Teh Tarik Turun Harga? | Hitam Putih Kelabu
Komen kawan-kawan golongan bawahan seperti aku membuatkan aku semakin sedih.. nak besarkan anak hutang keliling pinggang. Confirm dah yang kaya terus bongkak dan yang miskin terus terjerut.
tangga gaji kat Malaysia ni rendah sangat…kadang-kadang tak setimpal