Kuda Pun Ada Perasaan Juga

[tweetmeme http://adamfaiz.wodpress.com%5D

Bila Datuk Bandar Kuala Lumpur mengumumkan pengharaman penggunaan Bukit Kiara Equestrian Club sebagai venue untuk konsert, penduduk sekitar menarik nafas lega. Mungkin itu juga yang dirasakan oleh kuda-kuda yang ditempatkan disitu. Dapatlah ia berehat dan tidur dengan tenang selepas “didera” dengan pencemaran bunyi selama 12 jam tanpa henti semasa konsert Pitbull baru-baru ini. Sebelum itu Konsert Double Trouble telah menyebabkan kesesakan lalulintas yang teruk di tempat sama. Memang Kelab ini tidak dibina untuk konsert dan tidak mempunyai tempat letak kereta yang cukup untuk ribuan pengunjung. Alternatif penggunaan feeder bus dari stesen LRT juga tidak mampu mengatasi masalah kesesakan yang memang tidak boleh dielakkan.

Bagi promoter konsert pula tindakan ini dianggap merugikan Kuala Lumpur kerana mungkin tidak lagi menjadi pilihan lebih-lebih lagi kepada penganjur pesta tarian yang memakan masa berjam-jam lamanya. Kononnya Kuala Lumpur akan kehilangan sumber pendapatan ekoran tindakan ini. Apabila Datuk Bandar mencadangkan penggunaan stadium, mereka mencemuh dengan alasan stadium mempunyai had masa, masalah yang serupa dialami di venue lain seperti Mines Convention Hall dan Genting Highlands.

Aku setuju dengan tindakan Datuk Bandar ni. Lebih baik cari venue yang sesuai untuk konsert supaya lebih selesa kepada pengunjung dan masyarakat sekitar. Dan tidak dilupakan, kuda-kuda yang juga inginkan ketenangan seperti kita.

6 responses to “Kuda Pun Ada Perasaan Juga

  1. Yang tak paham nya, datuk bandar mengambil tindakan drastik kerana kuda-kuda tak berasa selesa, bukan kerana desakan atau aduan penduduk-penduduk di sekitar kawasan tersebut. Dia tu kuda atau manusia? Aku rasa penduduk-penduduk kat sana dah lama mengadu tapi DBKL buat tak tau saja.

  2. next konsert double trouble kt stadium larikin, JB. Wee!!

  3. pastinya beliau ada sebab yang tersendiri…..