Tolong Selamatkan SAR (KAFA Integrasi) Al Wahidah

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com%5D

Salam kepada sahabat -sahabat,

Bantuan anda semua amatlah diperlukan bg menyelamatkan seramai 400 org pelajar Sekolah Agama Rakyat (KAFA INTEGRASI) AL WAHIDAH, Taman Bukit Indah Ampang kerana pada masa ini bangunan sekolah mereka sedang dilelong oleh pihak bank berkemungkinan daripada pemilik bangunan tidak mampu membayarnya.

Harga yang ditawarkan adalah RM 550,000 dimana pihak sekolah tidak mempunyai kewangan yang mencukupi untuk membelinya walaupun Pengetua sekolah tersebut sedang mencuba sedaya upaya untuk menyediakan wang yang dikehendaki.

Pihak sekolah diberikan masa selama 6 bulan oleh pihak bank bg menyediakan wang tersebut. Setakat email ini ditulis pada 09/05/2010 pihak sekolah telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM 20,000 dan mereka mempunyai masa lebih kurang 5 bulan lagi.

Oleh yang demikian, pihak sekolah sedang menjual saham sebanyak RM50 seunit bagi sesiapa sahaja yang ingin membeli bagi membantu pihak sekolah menyediakan wang yang secukupnya.

Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan kepastian mengenai keadaan sebenar, tuan2 dan puan2 bolehlah menghubungi sendiri Pengerusi sekolah tersebut seperti butir2 dibawah.

HJ MOHAMED BIN SAHARUDIN – 0162953756 / 0199476844

Sumbangan tuan2 dan puan2 bolehlah di masukkan kedalam akaun bank seperti dibawah
Akaun : KAFA INTEGRASI AL WAHIDAH
Maybank :: 562209609000

Hulurkan derma ikhlas jika berkemampuan, RM1 dari anda amat besar nilainya…

6 responses to “Tolong Selamatkan SAR (KAFA Integrasi) Al Wahidah

  1. Wah…macam mana boleh jadi camni…InsyaAllah sama-sama lah kita membantu…

  2. Penembak Tepat

    betol ke ni? kenapa tak minta bantuan dari pejabat pendidikan, jabatan agama dan lain lain skali?

    -just my one cents-

  3. bangunan sekolah pun boleh kena lelong rupanya..tak pernah terfikir pun