Perkara Boleh Yang Dipelajari Dari Mohd Safuan Hilmi

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com]

Mohd Safuan Hilmi

Bila kali pertama aku terbaca tajuk kisah Mohd Safuan Hilmi mengutuk dan mengancam untuk membunuh Nik Aziz, aku curious nak tahu sebabnya. Mungkin ada perkara peribadi yang telah berlaku antara keduanya. Mungkin juga hal keluarga. Macam-macam yang aku andaikan. Aku bukan lah penyokong setia UMNO atau PAS tapi aku tak lupa menunaikan tanggungjawab mengundi bila tiba masanya.

Melihat pada kisah ini ada beberapa perkara yang boleh kita pelajari dari Mohd Safuan Hilmi, bekas graduan UiTM berumur 24 tahun ni:-

1. Menyuarakan pendapat – tentang sesuatu perkara, tapi berpada-pada lah…gunakanlah saluran yang betul. Masih tak belajar dari Aduka Taruna?

2. Sanggup dihukum – bukan senang nak cari orang yang sanggup dihukum atas perbuatannya. Tapi kalau nak membunuh sesama Islam, untuk apa? Elok sertai tentera Palestin sana…diorang mesti suka orang yang berani mati camni.

3. Popular – tak tahu lah samada inikah yang dicari oleh Mohd Safuan Hilmi. Memang popular sungguh lepas ugutan tu. Tapi kenapa tutup facebook macam Rafiqin Darwisy? Kena tangkap juga akhirnya..

Mohd Safuan FB

4. Daya penarik – tengok pada gambar bole tahanlah..(aku hensem lebih sket ..hahaa). Kan lebih baik gunakan daya penarik untuk popularkan blog seperti Ben Ashaari dan Ariff Shah? Bukan nak poyo tapi daripada mencaci lebih baik buat kawan dan buat duit …

2 responses to “Perkara Boleh Yang Dipelajari Dari Mohd Safuan Hilmi

  1. huh!!!
    apa kisah selanjutnya selepas kena tangkap ye??
    hehehee