Duit Punya Pasal Darah Daging Kena Parang

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com]

Ini bukan tajuk berita di TV, surat khabar atau tabloid. Tapi tajuk posting ni memang berkait dengan berita yang biasa kita dengar di media massa. Semua orang perlukan duit kerana walau duit tidak boleh “membeli” semua benda, hampir kesemua keperluan kita dapat dipenuhi dengan adanya duit. Money is not everything but without money you are nothing! Mungkin ada yang setuju dengan ayat itu disebabkan desakan dan kos sara hidup yang makin bertambah. Maka tidak hairanlah bila kerana duit, ada yang sanggup bergaduh dan bertikam dengan parang biarpun dengan darah daging sendiri.

Semasa kita belajar di sekolah atau universiti, kita sering menghubungi ibu bapa atau adik beradik yang bekerja untuk untuk duit belanja. Kita tidak pernah memikirkan tentang kepayahan untuk mencari duit itu sendiri kerana kononnya nak menumpukan kepada pelajaran. Memang itu pun tujuan kita belajar. Apabila sudah bekerja, barulah kita sedar bagaimana susahnya ibu bapa atau abang, kakak kita mencari duit dulu. Bila sudah berkahwin keperluan kita terus meningkat. Sewa rumah, bil, persekolahan anak, bayar kereta dan kredit kad antara komitmen biasa yang harus dilunaskan setiap bulan.

Ada kalanya kita kesempitan duit kerana perkara yang di luar kawalan seperti kereta rosak dan perbelanjaan luar jangka. Bagaimana kita mengatasi masalah ini? Kerana terpaksa, kita hubungi kawan baik dan adik beradik untuk pinjam duit dengan harapan mereka memahami dan menolong kita. Esok bila diorang susah kita boleh balas budi diorang. Tapi apa terjadi bila hutang masih belum dapat dijelaskan walaupun setelah tempoh yang dipersetujui tamat? Di sini lah bermulanya konfrontasi besar yang mungkin akan menjejaskan hubungan kita dengan mereka seumur hidup kita. Ada yang sanggup buang saudara, berkerat rotan, gara-gara duit. Ada pulak yang berperasangka buruk bila gagal mendapat pinjaman. “Ah diorang ni kedekut!” Tanggapan yang biasa dilemparkan tanpa memahami keadaan sebenar mereka. “Takkan lah laki bini kerja pun takde duit” Satu lagi ayat biasa untuk menyatakan rasa tak puas hati bila tak mendapat bantuan. Memang ada yang berduit, tapi amat berat untuk menolong orang dalam kesusahan. Duit berkepuk dalam bank pun cakap tak ada. Orang juga mudah lupa diri apabila berjaya ( Ya Allah jauhkanlah aku dari sifat sombong dan bongkak ni). Bila susah dan nak minta bantuan, bahasanya begitu lembut dan merendah diri. Apabila dah senang sikit, mula berubah. Bila orang minta tolong, bagi jawapan standard “Aku tak ada duit la”. Kalau ada yang berhutang dengan dia, dipandangnya macam sampah. Bahasanya pun tidak sebaik dulu, cepat je nak melenting dan memaki seranah. Itulah realitinya. Duit mampu menolong kita dan ia juga mampu merubah kita samada menjadi lebih bersyukur atau sombong dan hidung tinggi (kebanyakannya macam ni la).

Terima kasih aku ucapkan kepada kawan yang pernah membantu aku (kadang-kadang aku rasa kawan lebih ikhlas daripada adik beradik sendiri). Untuk yang pernah meminta bantuan aku tetapi tak dapat, biarlah ku jelaskan sekali lagi. Aku memang tak mampu!! Kalau disebabkan itu kita putus saudara, aku redha…Aku doakan korang dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur aminnn……

7 responses to “Duit Punya Pasal Darah Daging Kena Parang

  1. Bro…aku paham benor apa yang ko alami. ITu memang biasa terjadi…kita ni pun ibarat sandwich generation…kena tanggung family sendiri, anak dan orang tua…tersepit…makin tersepit kalau adik beradik tak membantu…maksudnya, bukan mereka takleh survice sendiri dan terpaksa meminjam atau meminta…

    depa tak faham dan maybe takkan paham…sabar je lah…ikhlas …dan lagi satu, kita sendiri cari lah rezeki tambahan…tu lah yang aku duk buat ni…

    Nak harapkan gaji laki bini, tak cukup beb….
    TErpaksa buat kerja extra seperti consultation, homestay, translation, edit, proofreading services dan online biz.

    ZAman sekarang bukan sebab kerak besar, tapi memang kos itu ini semua naik…

    So, kena usaha lebih lah….

    • Terima kasih untuk nasihat dan pandangan..aku nak usaha ni..sebab tu kena belajo ngan kau..kalau tak dapat tolong orang pun, at least aku tak perlu susahkan orang bila kesempitan..

      • Haha…takde hal bro…
        Aku suka tolong orang yang memang nak di tolong…
        any time bro…aku takde hal…

  2. Pingback: Cyza Sector » I wish I can get this email everyday!!!

  3. Thanks again.. zaidi ke yang dapat duit tu?