Ungu Tenggelam Di Bukit Jalil

[tweetmeme: https://adamfaiz.wordpress.com%5D

Kumpulan Ungu yang sungguh popular di Indonesia mengadakan konsert pada cuti hujung minggu, 1 Mei lepas. Jika di tempat sendiri, konsert Ungu boleh menyebabkan peminat-peminat pengsan akibat berasak-asak untuk menyaksikan mereka. Untuk konsert pertama mereka di Malaysia, sambutan yang agak baik diberikan oleh peminat.

Situasi berbeza pada konsert di cuti hujung minggu lalu (1 Mei) apabila cuma kira-kira 2,000 peminat yang hadir. Inilah penangan Konsert Double Trouble Wings & Search yang juga diadakan pada masa yang sama di Bukit Kiara.

Pelik kenapa konsert Ungu diadakan di Stadium Nasional sedangkan Konsert gergasi rock Malaysia hanya berlangsung di stadium kecil. Sepatutnya keutamaan diberi kepada artis Malaysia. Mungkin “habuan” yang dijanjikan penganjur konsert Ungu lebih besar dari penganjur konsert tempatan.

P/S Ramai jugak peminat Indon datang ke Konsert Double Trouble.. (ini pun sebab kenapa konsert Ungu tenggelam) WINGS & SEARCH ROCK…..!!!!

P.P/S – Best la konsert tuh..cuma di penghujung konsert terpaksa keluar stadium bila Adam mula menjerit, “Nak air soya…!!”

6 responses to “Ungu Tenggelam Di Bukit Jalil

  1. Sayang aku tak dapat datang….haha…
    Anyway, tak de gambar ke?

  2. gambar ade 2-3 keping je..gelap ar..lagipun badan penat sampai nak bergambar pun xde mood..rock punya pasal

  3. AKu memang minat ngan 2 otai rock ni tapi tak rajin nak bersesak2 ni

    • Aku pun tak berapa larat ..dengan sakit belakang ni lagi..tapi memandangkan ini mungkin konsert terakhir diorang, aku redah gak la…

  4. Steady la…. rock tetap rock…..
    Janji jiwa muda…. he..he.hee.