Dulu Aku Hensem

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com%5D

Dulu (minggu lepas pun aku kira dulu gak) aku memang hensem. Digilai ramai. Pendek kata aku memenuhi  ciri-ciri lelaki idaman perempuan. Walaupun mata aku agak sepet, tapi peminat still ramai sebab ada yang kata muka aku macam Bae Yong June atau Lee Min Ho atau paling tidakpun aku handal bermain bola, selincah Park Ji Sung. Apa yang boleh aku katakan, aku memang hensem!!

Tapi sekarang saham aku dah jatuh menjunam, semua mama dan papa yang menyuruhku memotong rambut. Habis jambul cari makan kena tarah. Geram jugak bila memikirkannya, ye lah sekarang peminat-peminatku hanya memandang sebelah mata je. Dulu pantang nampak aku berjalan, mesti dipanggilnya.  Saja nak berborak dengan aku. Tapi kini cakap pun nak cepat je…dasar perempuan! Diorang ni memang bukan teman sejati. Takpe la..aku terima nasib aku dengan rela. Nanti aku pakai bedak banyak-banyak baru tau!! Jangan ada yang datang terhegeh-hegeh nak berbaik denganku semula. Memang takkan ku layan. Bila rambutku panjang nanti, aku nak buat style yang lebih mengancam. Biar terbeliak biji mata diorang tengok aku. Tunggu la..

Korang tengok la sendiri wajah sebelum dan selepas tragedi tu. Aku masih hensem kan?

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

V

AdamFaiz Bersama Peminat Setia

AdamFaiz After Haircut - Solo Je...

 

2 responses to “Dulu Aku Hensem

  1. haha. comel! adam faiz, meh sini kakak nak trim lg rambut tu biar nampak lg hensem.. ni kalau g skolah ni kena dah dgn cikgu disiplin.. =)

  2. Papa dia bagi can masa kecik ni je..dah sekolah sok kalau rambut panjang, papa dia akan bagi GI cut no 4…