Sebab Israel Ban Ipad

Ipad

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com]

Selepas Iphone “meletup” di pasaran, Apple telah mengeluarkan Ipad, khas untuk gadget freak dan penggemar peralatan terkini.  Idea asalnya ialah untuk menggabungkan Iphone, Ipod dan Imac di dalam satu alat untuk kemudahan telekomunikasi, Internet dan multimedia. Oleh kerana ianya masih baru dan agak mahal, penggunaan Ipad masih belum meluas di Malaysia. Mungkin ramai yang sedang menunggu masa yang sesuai ataupun faktor budget membuatkan hasrat untuk memiliki Ipad ditangguhkan.

Walaupun Ipad telah mendapat reaksi positif dari pengguna terutamanya di Amerika, Israel baru-baru ini telah mengumumkan untuk ban Ipad dari pasaran negara tersebut. Mengikut sumber berita ini disebabkan oleh broadcast power level yang rendah di Israel (mereka mengikut standard Eropah) berbanding Amerika. Ini akan menyebabkan proses broadcast melalui modem wi-fi nya menjadi lembab dan unreliable.

Satu lagi sebab untuk tindakan ini ialah kerana syarikat pengedar Apple di Israel, iDigital, sedang menunggu untuk habuan yang lebih besar bila Ipad baru mengikut standard Eropah dikeluarkan oleh Apple dalam masa 2-3 bulan lagi. iDigital ialah syarikat yang dimiliki oleh Chemi Peres anak kepada Presiden Israel, Shimon Peres. Pandai tak Yahudi berniaga?

Comments are closed.