Kau Poyo – First Impression

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com%5D

Pernah tak orang kata kau poyo? Macamana perasaan kau bila orang panggil macam tu? Aku pun pernah juga digelar poyo atas sebab yang aku sendiri tak tahu. Tapi kalau kawan yang panggil camtu sebab bergurau tu biasa lah (aku pun kekadang bergurau ngan diorang camtu). Yang tak sedap didengar bila orang yang tak kenal kita, tak pernah berinteraksi atau berkejasama tiba-tiba gelar kita poyo. Apa masalah kau sebenarnya?

Bila diselidik, kebanyakannya mengatakan yang muka aku yang serius menyebabkan diorang ada first impression macam tu. Tapi bila dah kenal, diorang kata ternyata sangkaan diorang salah. Tu lah, janganlah cepat menghukum orang sebelum mengenali hati budi. Aku tak boleh komplen bab muka serius ni sebab aku bersyukur kepada Allah dengan ciptaanNya. Kalau dibuatnya aku takde muka,  senget ke, tentu lagi teruk aku kena cemuh. Kalau orang tak suka tengok muka aku, senang je cadangan aku pada mereka, tak payah pandanglah! Aku pun tak kisah!

 Bagi yang suka panggil orang poyo, “Korang tahu tak makna poyo tuh?” “Aku tahu! Proud Of Your Ownself”. Salah ke? Orang yang tak bangga pada diri sendiri sebenarnya mempunyai low self esteem. Masalah jugak ni. Lagipun ada banyak tafsiran pasal poyo ni. Ada yang kata berlagak, ada yang kata kuat mengipas/membodek dan macam-macam lagi. Tapi bagi yang kenal aku, semua tahu yang aku memang tak suka membodek/mengipas. Kalau pasal berlagak pulak, itu cuma pandangan mereka sebab ramai yang cari jalan mudah untuk buat kerja. Buat baik dengan kita, pastu gunakan untuk siapkan kerja diorang. Bila kerja dah siap dan dapat pujian, dengan pantasnya claim credit. Jangan nak cakap terima kasih, pandang pun tidak. Ramai sangat yang suka mengambil kesempatan, so pandai-pandai lah membawa diri. Silap haribulan kawan tikam belakang (banyak kali dah terkena). Sekarang aku hanya buat dan siapkan kerja aku sendiri, bergaul dalam batas yang sepatutnya, bekerja dalam kumpulan bila diperlukan dan luangkan masa yang selebihnya dengan keluarga.

Kesimpulannya:

  1. Jangan cepat menghakimi orang sebelum mengenalinya. Apa perasaan bila orang menghakimi anda sedemikian?
  2. Pilih kawan dengan betul, jangan cepat menaruh kepercayaan kepada orang lain
  3. Laksanakan tugas dengan jujur dan amanah. Selebihnya berserah.

5 responses to “Kau Poyo – First Impression

  1. alamak terasa cek..sorry laaa.. orang main2 jer..takde niat pape pun..

    • takde la..ni general statement…siapa yang makan burger takkan rasa banjo plak..dah selalu terkena..tak kisah pun..janji aku tak cam yang orang anggap..

  2. Pingback: Perkara Boleh Yang Dipelajari Dari Mohd Safuan Hilmi | Blog AdamFaiz

  3. Pingback: Gambar Awek Separuh Bogel? | Hitam Putih Kelabu

  4. Pingback: Cara Terbaik Mengorat Awek | Hitam Putih Kelabu