Siapa Nak Iphone? SMS je..

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com%5D

Ini mungkin cara termudah untuk memenangi sebuah Iphone, Ipod atau lain-lain jenis smartphone. Persatuan Pembekal Kandungan Mudah Alih Malaysia, MMCP, telah melancarkan peraduan sms pantun 1 Malaysia pada 31/03/2010 lepas dan akan berlangsung selama sebulan sehingga 11.59 pm, 30 April ini. Semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas layak untuk menyertai peraduan ini. Hadiah akan di beri kepada 10 pemenang berjumlah RM10,000.00.

Syarat-syarat penyertaan

  1. Pantun sebaik-baiknya 4 kerat dalam Bahasa Malaysia
  2. Mestilah bertemakan 1 Malaysia
  3. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan
  4. Terbuka kepada pengguna 010, 012, 013, 014, 016, 017 dan 019

Cara untuk menyertai

  1. Taip “PANTUN” <space> pantun anda <space> 12 digit nombor mykad
  2. Hantar ke 15888
  3. Caj RM0.15 untuk setiap sms yang dihantar

Mak Datin saman Pak Dukun,

Duit habis, suami curang,

Kalau anda nak menang smartphone,

Cepat la hantas sms sekarang.

(pantun ini hanya rekaan, tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun mati)

6 responses to “Siapa Nak Iphone? SMS je..

  1. jom hantar pantun…Iphone tuh…sapa nak bagi free?

  2. jomm pantun.. hehehe…

  3. Ishk…iphone aku nak, tapi kalau berpantun aku tak pandai siutt.t