Mari Banteras SMS Lucah

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com]

Tentu ramai yang pernah menerima SMS berunsur lucah, hasutan dan promosi berbagai skim dan program yang tidak diketahui asal-usulnya. Mengikut laporan, sepanjang tahun lepas sebanyak 75 perkhidmatan SMS telah digantung kerana berbagai kesalahan termasuklah menghantar mesej tidak bermoral dan menyebarkan sms video lucah.

Sebagai pengguna bijak, kita boleh menggunakan hak kita untuk melaporkan insiden sebegini kepada Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia (SKMM) mengambil tindakan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

Jika anda mempunyai masalah mengenai perkhidmatan berikut bolehlah membuat aduan kepada SKMM:

  1. Telekomunikasi
  2. Program Radio / TV
  3. Perkhidmatan Internet
  4. Perkhidmatan Pos

Laporan boleh di buat dengan menulis atau menghantar aduan terus kepada:

SKMM Consumer Complaints Bureau,

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia,

63000 Cyberjaya, Selangor

Tel : 603 8688 8000

Fax: 603 8688 1880

Email: aduanskmm@cmc.gov.my

Hotline: 1-800-888-030

(8.30am-5.30pm, Mon-Friday)

SMS: SKMM ADUAN [complaints details] and sms to 15888

Aduan juga boleh dibuat secara online.

Comments are closed.