Kesian Halimah Jongang & Fatimah Juling

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com%5D

Aku tak pernah menonton drama Halimah Jongang tapi ada terdengar lagunya di iklan Astro Prima. Sekali dengar memang kelakar, tapi apabila anak bongsuku mula menyanyi-nyanyi lagu tu dalam kereta, aku sedikit marah. Kenapa la lagu yang mengejek orang tu yang dinyanyikan. Banyak lagi lagu lain yang lebih sedap didengar.

Sekarang muncul pulak lagi satu drama, Fatimah Juling. Aku tak pernah pulak dengar lagunya. Mungkin jalan cerita ke dua-dua drama ni menarik, aku tak tahu. Cuma aku rasa cara mempromosi rancangan dengan meletakkan kecacatan fizikal sebagai tajuk dan lagu tema itu tidak kena pada tempatnya. Walaupun kita ni sempurna di mata kasar, tapi aku pasti kita semua ada “kecacatan” lain. Tidak ada manusia yang sempurna.

Penerbit drama sepatutnya lebih sensitif kepada perkara sebegini. Janganlah hanya memikirkan nilai komersil semata-mata. Kawanku kata Maxis Hotlink memberi caller ringtone lagu ni secara percuma kepada pelanggannya. Semua nak tambah populariti je. Bayangkanlah kalau anak-anak anda menyanyikan lagu ini beramai-ramai dan kebetulan ada yang jongang lalu di situ. Tentunya dia akan merasa marah dan malu. Fikirkanlah perasaan orang lain. Mungkin ada yang kata, tak apa sebab ini menggambarkan keadaan sebenar dalam masyarakat kita. Soalnya, inikah budaya (mengejek) atau nilai yang ingin kita terapkan? Kita semua sama sahaja di sisi Allah, yang membezakannya ialah iman.

2 responses to “Kesian Halimah Jongang & Fatimah Juling

  1. Rasanya orang Malaysia (especially Melayu) dah kehabisan idea untuk berlawak. Nasihat aku, jangan memperlawakkan kecacatan fizikal orang, nanti terkena batang hidung sendiri. Kalau tak da sangat lawak yang nak di buat, duduk diam-diam. Selawat lagi bagus. Dengar lagi yg didendangkan oleh Waliband….

  2. spot on bro.. selawat lagi bagus..