2 Cara Mudah Dapat Lebih RM1000

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com%5D

Siapa yang nak duit? Ramai yang angkat tangan tuh…Ok di sini aku nak dedahkan satu rahsia (yang tak berapa rahsia sebenarnya) untuk dapat duit tanpa mengeluarkan modal. Ini bukan PTC, bukan skim cepat kaya atau MLM (ada ke MLM yang tak pakai modal?) Cara ni tak memerlukan internet atau menghadiri perjumpaan ataupun mencari klien. Betul ke ni? Betul..!!!

Ok sebelum aku dedahkan cara tu..korang kena janji untuk mencubanya..Tak cuba tak tahu kan?

Caranya ialah dengan memasuki peraduan yang dianjurkan oleh radio tempatan…Mesti korang cakap, laaa,, tau la yang itu..Tapi pernahkah anda mencubanya? Kalau anda rasa ingin mencuba nasib bolehlah menyertai peraduan-peraduan ini:

1) Mencari Orang Misteri Era – dengar petunjuk mengenai kedudukan Orang Misteri di Era FM frekuensi 103.3 (lembah kelang, negeri lain check di sini), pergi ke tempat tu dan tanya, “Adakah Anda Orang Misteri Era?”. Jika orang tersebut mengaku, suruhlah dia telefon ke talian rahsia Era dan kalau betul itu la orangnya, anda akan jadi kayo! Petunjuk akan diberi setiap jam mengenai lokasinya. Pemanggil juga boleh menalipon untuk mendapatkan petunjuk mengenai Orang Misteri Era contohnya jantina, ketinggian, warna baju dan sebagainya. Peraduan ini bermula dari pagi hinggalah ke malam. Hadiah berupa wang tunai dengan jumlah berlainan dari hari ke hari dan ianya bermula dengan RM500. Pastikan anda mendengar Era dan menyemak di sini untuk keterangan lanjut. Anda juga boleh mengikuti Orang Misteri di Twitter dan Facebook untuk mendapat lebih clue. Nantikan kemunculan semula program ini..dan bersedialah untuk mendapat ganjaran.

2. Itu aje di Suria FM (Breakfast@Suria)- Ramai yang masih belum tau tentang peraduan ni. Suria FM di frekuensi 105.3 (untuk frekuensi lain, sila semak di sini)akan menyiarkan bahagian hujung lagu dan anda haruslah meneka tajuk lagu dan nama penyanyinya. Setakat hari ini hadiah terkumpul sudah melebihi RM7000.00. Oleh kerana Suria FM agak baru jadi untuk mendapatkan talian tidak sesukar di ERA. Jadi jika ada adik-beradik, mintak tolong diorang untuk dail guna handphone diorang. Redial dan redial sehingga dapat. Timing jugak penting, so eloklah korang pastikan bila ia ke udara dan bersedialah setengah jam sebelumnya.

Masa peraduan – biasanya di antara jam 7.15 hingga 7.30 pagi setiap Isnin-Jumaat. Tapi kekadang kadang-kadang masa ditukar ke 7.30 – 7.50 pagi. Penyampai radio akan menyatakan bila isyarat untuk memanggil akan ke udara. Contoh : selepas lagu XXXX. Jadi pastikan anda dial 10 minit sebelum tuh (agak2 la).

Jawapan sebelum ini (jawapan salah) ada disenaraikan di sini Pastikan anda semak senarai tu sebelum mendail. Kalau anda biasa mendengar Suria FM tentu anda perasan yang pemanggil yang mencuba untuk peraduan ni kebanyakkannya orang yang dah banyak kali mencuba. Ini membuktikan bahawa talian Suria FM memang senang nak dapat. Aku sendiri dah 5-6 kali dapat tapi jawapan plak salah…Untuk memudahkan anda meneka, rakam petikan lagu tersebut, dengar berulang kali dan cari persamaannya dengan koleksi lagu di komputer anda.

Untuk menyuntik semangat, aku nak bagi tau pasal seorang kakak di Gombak yang memenangi RM40,000 melalui peraduan teka suara selebriti di Suria tahun lepas… Lumayan kan? Banyak lagi peraduan-peraduan lain di radio. Apa kata anda cuba, mungkin kali ni rezeki anda!!

3 responses to “2 Cara Mudah Dapat Lebih RM1000

  1. Betul dan saya setuju..

  2. Daripada chatting dan main game, apa salah mencuba peraduan..terutamanya di SuriaFM…

  3. Pingback: Duit Punya Pasal Darah Daging Kena Parang | Blog AdamFaiz