AF8 Yang Hampeh

Akademi Fantasi 8

Program hampeh ni dulu katanya nak dihentikan..tup, tup on balik. Boring betul la..Aku rasa Astro dah takde idea lain nak dapat duit dari sms, tu yang tak habis-habis buat program basi ni.

Tengok dari bintang yang dilahirkan dari program ni, tak berapa kerat pun yang masih bertahan. Yang lain setakat memenuhkan kuota je la. Lepas ni mula la balik bermain drama di kelas, gossip murahan antara pelajar yang hanya bertujuan nak mencari peminat. Bila tak suka, semua melepaskan geram kat channel @15. Ada yang sampai mencarut-carut dek kerana terlampau minat giler ngan pelajar pilihan masing-masing.. Ei geli betul.

Kalau masih ramai lagi peminat rancangan ni, korang memang dah kena “main” dengan Astro. Pengacara, penyampai radio yang mempromosi program ni semua pakai kereta BMW menjalar. Korang dapat ape? Habis duit kat sms je la..Tapi duit korang kan, lantak korang la…

Untuk Astro, carilah idea lain..dah la servis teruk…asyik nak mencari duit mudah je..Mak bapak pun ada yang terpengaruh..diorang pun sama mengundi dan top up handphone anak-anak remaja. Terus la leka remaja Melayu, berangan tak sudah-sudah..Akhirnya sekolah tak pass..

One response to “AF8 Yang Hampeh

  1. Pingback: Kesian Halimah Jongang & Fatimah Juling « Blog AdamFaiz