Ustaz Cabul, Bakar Bayi & Hari Kekasih

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com%5D

Cuti Tahun Baru Cina aku balik ke Muar, ada majlis perkahwinan. Boring sebab aku tak dapat online memandangkan line telefon kat sana rosak. Aku baca suratkhabar, setiap muka surat aku baca..sampaikan iklan kecik-kecik tu sekali. Tapi tajuk-tajuk di atas membuat aku geram..

Seorang ustaz di Muar dihadapkan ke mahkamah kerana tuduhan mencabul 4 orang murid sekolah dengan memegang kemaluan dan meramas buah dada. Bila aku baca detail..murid-murid sekolah ni baru darjah 3-4..Aku tak paham tang mana yang menarik minat seorang ustaz ni nak mencabul….umur baru 10 tahun! Pulak tu awak tu ustaz..Aku rasa dah banyak kes melibatkan ustaz dan budak-budak ni..Kenapa diorang berani buat lagi perkara terkutuk ni?

Kes bakar bayi di Kelantan ni memang bukan dilakukan oleh manusia, tapi binatang. Mungkin bayi tu dah mati sebelum dibakar..tapi orang jenis apa yang sanggup bakar bayi? Mengikut siasatan awal, ia mungkin di lakukan oleh pasangan yang mempunyai anak luar nikah. Yang ni kalau tak siasat pun aku rasa semua orang boleh agak. Memang layakya orang macam ni dibakar juga di khalayak ramai. Setan!

Apa pulak kaitan dengan Hari Kekasih? Aku rasa sedikit sebanyak budaya menyambut Hari Kekasih ni menyumbang kepada gejala sosial sekarang. Kempen tak pakai panty la, dinner la (pastu gi project la)..ini semua perosak anak bangsa Melayu. Operasi JAWI dan JAIS pada malam Hari Kekasih membuktikan betapa remaja Melayu sudah hilang nilainya. Majoriti yang ditangkap check in kat hotel adalah pelajat IPT terlampau. Satu lagi aku pelik,kita semua maklum orang Islam tak boleh menyambut Hari Kekasih, tapi kenapa di televisyen pengacara rancangan kanak-kanak pun suruh budak-budak ucapkan Hari Kekasih kepada ibubapa. Kononnya kalau kasih kat ibubapa tak apa la. Apa ke bengap sangat, menyambut Hari Kekasih ni kalau untuk siapa sekalipun hukumnya tetap haram. Kalau nak ucap kasih pada ibubapa, kan ada Hari Ibu, Hari Bapa? Ada jugak restoran yang menyediakan makanan sempena Hari Kekasih (yang kebanyakan pelanggannya Melayu) atau pejabat yang menganjurkan konsert dengan menjemput artis terkenal sempena Hari Kekasih…sedarlah Melayu…!

Bila la kerajaan nak mengetatkan udang-undang kepada pesalah di Hari Kekasih, si pembuang bayi dan ustaz cabul dengan mengenakan hukuman lebih berat? Takkan asyik berpolitik je. Kalau tidak ditangani, aku rasa masalah ni takkan berkurang malahan mungkin lebih parah…dan bangsa kita akan terus layu….

5 responses to “Ustaz Cabul, Bakar Bayi & Hari Kekasih

  1. Pingback: Pendidikan Seks Di Sekolah « Blog AdamFaiz

  2. beginilah umat akhir zaman tanpa mengira siapa pun mereka …sekarang ni samada ustaz atau ustazah,itu hanya sebagai jawatan yang disandang bukan lagi melambangkan keperibadian[bagi yang terlibat sahaja].

  3. sedarlah Melayu…!
    Melayu mudah lupa!!!!