Cara Terbaik Mengorat Awek

Panduan cara mengorat awek ini diperturunkan kepada lelaki yang belum mempunyai girlfriend. Mengaku saja lah..ada yang memang fail tahap gaban dalam bab mengorat ni. Bagi yang dah ade ramai makwe, abaikan saja entry ini dan teruskan dengan aktiviti Facebook anda.

Ada banyak sebab kenapa lelaki tak pandai mengorat;

1. Tak belajar – mana ade sekolah yang ajar cara-cara mengorat?

2. Pemalu – ini mungkin sifat semula jadi..tak perlu risau semua boleh diperbaiki

3. Takde adik beradik lelaki dalam keluarga – kira takde role model la..kalau tanya bapak mau kena jawab dengan tangan…

4. Kurang bergaul – ini bukan masalah sebenarnya…ramai lelaki (nak2 zaman IT ni) yang lebih suka menghabiskan masa di rumah. Kalau keluar pun dengan geng2 lelaki je..

5. Malas nak pikir – ramai yang tergolong dalam golongan ni…malas nak pikir pasal perempuan. Buat sesak kepala je…tapi bila tiba masanya, hati kita akan terbuka juga untuk menerima kehadiran perempuan…Nak buat camana ni?

Tip ini adalah berdasarkan pengalaman aku…bukan dari expert, tapi cukuplah sekadar aku nyatakan yang aku tak pernah ada problem dalam area ni…Dan di zaman jahiliyahku dulu, selalu menerima jambangan bunga dan kad ucapan di Hari Valentine..(tak tau sapa yang hantar).

1. Straight to the point – cakap terus terang je

Ini cara paling macho sekali tetapi memerlukan semangat dan perasaan confident yang tinggi. Kalau nampak awek yang ko berkenan, approach dia dan tegur. Boleh mulakan dengan bagi salam, tanya nak pergi mana, amik course ape dsb. Tapi jangan terlalu banyak tanya nanti dia meluat dan ingat ko nak menggatal pulak. Tanya sikit-sikit je…simpan untuk lain kali bila terjumpa dia…jangan gopoh. Tapi bab meluat ni sebenarnya kadang-kadang boleh jadi suka…mula-mula dia meluat, lelama jadi sayang pulak…banyak dah jumpa kes camni…tengoklah nasib korang camana. Satu peringatan untuk yang guna cara ni, bersedia untuk menerima rejection..kalau dia reject sebab dah berpunya atau sebab dia memang tak suka, terima aje..cinta tak boleh dipaksa..huhuhu..

2. Pakai posmen – antar surat, nota cinta

Cara ini kurang macho berbanding dengan yang pertama tapi amat sesuai untuk yang kurang keyakinan diri. At least kalau kena reject pun, tak lah malu sangat..dan dia tak nampak macamana muka kita berubah bila kena reject.. Seeloknya tulis la sendiri nota tu..yang paling biasa orang buat (aku pun pernah buat gak), ialah dengan menulis seni kata lagu jiwang popular..kat bawah tu buat la nota sket..teknik ni masih diguna pakai hingga sekarang..Kalau tak reti tulis surat cinta, outsource kan lah part ni (suruh orang lain tulis kan). Jangan lah tulis jiwang lelebih nanti awek tu takut plak…untuk permulaan buat sesimple mungkin. Bila dah dapat nanti baru lah sesuaikan ikut personaliti awek tuh..

3. Jadi Joker

Biasanya perempuan suka kepada lelaki yang kelakar so, kalau ko jadi joker ni secara tak langsung akan meningkatkan populariti di kalangan satu-satu kumpulan. Joker ni selalu boleh buat lawak dengan apa sahaja bahan secara spontan. Bila joker approach perempuan yang dia suka, naluri lawak dia akan menolong mengatasi masalah gemuruh dan boleh menceriakan keadaan. Jangan buat lawak melampau, dan warnanya pulak janganlah biru. Lain pulak jadinya nanti. Kalau anda memang tak lawak, cara ini memang tak sesuai langsung.

4. Jadi gentleman – lelaki budiman

 Perempuan sangat suka kepada lelaki bersifat gentleman. Kalau awek terjatuh buku dia, tolong lah kutip (ala-ala Ali Setan la pulak…). Kalau awek tu yang terjatuh, janganlah gelakkan dia (walaupun dalam hati ketawa) sebaliknya pergi lah tolong apa yang patut. Tunjukkan yang kita care. Sifat-sifat begini boleh memikat hati perempuan..

5. Jadilah diri sendiri

Ini yang paling penting sebenarnya. Jangan cuba berlagak alim, baik, ataupun berpengetahuan sedangkan diri kita sebaliknya. Nanti orang ingat kita poyo pulak. Mana-mana kelemahan, kita perlu perbaiki. Tak guna kita berpura-pura hanya untuk memenangi hati perempuan kerana lambat laut tembelang kita akan diketahui juga. Kalau setakat nak buat hit and run punya relationship mungkin boleh..tapi jika inginkan yang berpanjangan, jadilah diri sendiri. Itulah sebenarnya yang membezakan anda dan orang lain..

Ok. Lepas ni boleh try praktikkan. Kalau ada apa-apa soklan boleh tanya kat sini. Aku boleh la tolong jawab mana yang aku tahu. :)

31 responses to “Cara Terbaik Mengorat Awek

  1. Yang penting Gentlemen untuk mengorat awek ni….huhhuhuhu

  2. wah…pakar cinta ye..sila2 kepada yang dilamun cinta tu k..jangan malu2

  3. ye ke? betul lah kot perempuan ni suka yang gentlemen. tapi pada aku, sebagai seorang perempuan lah kan, aku letakkan besederhana sebagai tips mengorat aku. eh eh, mengorat perempuan. be simple, don’t look like you are trying to hard to get her. tu ja kot yang penting. :) yang lain tu, extra ja.

  4. ataupun, tunggu perempuan ngorat kite..haha

  5. wah!!! Romeo dah bagi tips nie, jangan diabaikan…!!!

  6. kalau betul boleh cakap dekat awek tu “saya suka awak” sambil mata kita mmandang mata si dia, pergh! respect beb! x ramai yg boleh buat ni..aku buat dulu pun pandang kaki dia je..hehe tapi berjaya jugak..kih kih kih

  7. be yourself… tu je.. kalu tak be yourself tu yg buat bende plek2 tu :p kontrol terlebih sangat

  8. Pingback: Bercinta Di Internet Mahal La…!! | Hitam Putih Kelabu

  9. Himpunan Doa-doa makbul yang telah di gunakan oleh para-para Guru zaman dahulu yang di petik dari Kitab Tua Qursani dan dari Kitab-kitab tajul muluk serta dari Al’Quran Al Karim yang telah di guna pakai serta terbukti kemustajaban nya.
    http://pengasihnusantara.webs.com/

  10. leh pkai ke tip ni????

  11. ade sorg pmpoan nie . . die pena couple ngn aku . . skrang daa clash . . cm ne nak dpt die balek dgn . . jumpe aku pon tak nak . . cm ne nak explain kt die ? tak kan nak pakse ? cinta tak boley dipakse . .

    • ko kena boleh yakinkan dia yang ko dah berubah menjadi lebih baik.. apa2 punca keretakan dulu mestilah diselesaikan dengan gentleman.. kalau ko ikhlas tapi dia tak nak juga, jgn bimbang sebab ‘it’s her loss!!”

      P/S Aku nye stail plak, bila dah putus maka tertutuplah ‘buku’ antara keduanya.. jodoh kita dah tertulis, jgn risau sangat. Ada yang terbaik untuk kita…

  12. tlng crikn tuk sye awek yg cantik2 skt x ??

  13. dlu ade sorang awek ni dia suh kwn dia kirim salam kat aku…pastu kwn dia dtg & bagitau awek tu krim salam kat aku(sambil menunjuk ke arah awek itu)….pastu aku x caye sbb ak ingat dia main2…pastu aku ckp “mengarutlah ko ni”…aku ni mmg pemalu tahap gaban tu yg aku ckp camtu walaupon ati aku gelegak tahap cipan…pastu aku ade la jeling2 dia skali skala lepas kejadian tu.. 2 tahun berlalu ak tertgk gambar dia dlm facebook…perghhh lawa doe!!!skrg aku betul2 gilekan dia…tpi ak x brani nk tackle dia sbb sifat malu aku terlampau tinggi…camne a???aku tol2 jatuh cinta ni!!!!

  14. muhammad amzar

    oh.. macam tu rupanya esok kat sekolah aku nak try la huhuh harap2 aku boleh berjaya

  15. post yg menarik. tapi pendapat aku, ade point lu yg salah .jadi lelaki budiman? ni nk cari awek ke nk cari bini? klau spa2 nk blaja cara usha awek, add aku kt ym. brdasarkan kajian n pengalaman aku selama 4 tahun. – billybaddass88 at yahoo dot com

  16. 1) JANGAN JADI BAIK SANGAT

    Korang pernah fikir tak, perempuan tak akan sangkut dengan lelaki yang baik?

    Mesti korang pernah,tapi korang taknak mengaku. Korang buat baik sangat dengan sorang awek ni, bagi topup, belanja makan, buatkan assignment, macam aku dulu jugak, tapi last last, awek tu suka kat kawan korang yang jahat,liar,perangai cam setan. Dorang tak pernah ada perasaan kat korang. Mesti korang Tanya dalam hati, “Kenapa JADI camtu? “ , well , soalan yang bagus.

    Senang je, perempuan tak pilih untuk suka lelaki berdasarkan berapa baiknya lelaki tersebut. Dorang pilih lelaki yang membuatkan dorang rasa daya tarikan yang kuat. Dan tau tak?

    JADI BAIK TAK MEMBUATKAN PEREMPUAN MERASA DAYA TARIKAN YANG KUAT.

    DAN JADI BAIK TAK MEMBUAT DORANG PILIH KORANG.

    Aku tau bunyi macam tak logik ,korang susah nak terima tapi…TERIMALAH. Selagi korang tak terima fakta ni, dan taknak percaya apa yang aku cakap, korang takkan dapat perempuan yang korang nak.

    2) JANGAN CUBA YAKINKAN PEREMPUAN UNTUK SUKA KORANG

    Apa yang lelaki biasa buat bila dorang suka kat sorang awek ni..tapi awek tu tak berminat?

    YA! Dorang cuba yakinkan awek tu supaya sukakan dorang. Aku nak bagitau sesuatu, apabila sampai di ‘hukum tarikan’ (skema betul ayat aku) , korang takkan boleh tukar perasaan sorang perempuan pada korang. Bila dia dah tak suka , mungkin sampai mati pun dia tak suka korang. Fikirkanlah . Jangan buat. Bila sorang awek tak ada perasaan kat korang, macam mana dengan logik korang boleh ubah? Tapi kita semua buat. Bila dia dah cakap tak suka, kita merayu, kita melutut, kita mengejar. JANGAN. Idea yang teruk. Dia mungkin akan lari lebih jauh lagi.

    3) JANGAN MINTA KEBENARAN DARI PEREMPUAN

    Contoh ;-

    “ Guy : u tgh wtpe ni?

    Girl : I tgh chatting je.u?

    Guy : I nk pegi main futsal ni. BOLEH TAK?”

    Kita lelaki selalu mintak kebenaran perempuan, bagi dia control apa kita nak buat dan biar dia buat keputusan. Sebab kita ingat itu ‘cute’. Sebab mak kita bagitau macam tu. Satu lagi idea dasyat. Perempuan takkan suka lelaki yang dorang boleh control dan selalu perlukan ‘permission’. Jangan salah faham. Korang jangan pulak layan perempuan dengan buruk untuk buat dorang suka kat korang. Aku tak suruh. Tapi fikir balik. Jika korang rasa mintak kebenaran untuk buat sesuatu boleh buat perempuan suka kat korang, fikirkan sekali lagi. Korang takkan Berjaya dengan mintak kebenaran. Perempuan sebenarnya menyampah dengan lelaki yang suka mintak kebenaran mereka untuk buat apa apa. Tak caya? Tanya la kawan kawan perempuan korang, rimas tak bila ada sorang mamat nak buat apa apa je mesej dia nak mintak kebenaran . KUASA YANG PEREMPUAN ADA HANYALAH KUASA YANG LELAKI BAGI PADA MEREKA.

    p/s : petikan dari ebook yg aku tulis sendiri ,dlm bhs melayu

  17. 1 TIPS MINTAK NUMBER PHONE AWEK.

    Kalau korang tiba2 jumpa awek yang korang suka, tapi taktau mcm mana nak mintak number dia, buat mcm ni. kalau dia tgh jalan, korang pegi kat depan dia, buat2 macam dia terlanggar korang ,pastu cakap, ” keluarkan IC dan lesen, anda disaman ! ” , kalau dia respon dgn baik, dia gelak ke, korang berbual kejap, sembang psl apa2 korang rasa menarik. jgn lama. 2-3 minit je. jangan tunjuk sgt mcm korang suka kat dia. pastu korang blah 2-3 langkah, tgk blakang, patah balik ,mntak no dia. kompem dapat. pasal aku dah buktikan, dah dekat seratus awek bg no phone dorang kat aku.

  18. mcm mana nak dpt awek yg kita suka? tpi da ramai org minat dye..dpt ke kita nak tacle dye??tpi sedangkan dye penah tnye awak suka saya ke?ape perlu kita jwb ?