Kenapa Wanita Malaysia Meminati Drama Korea?

Tentu ramai wanita di Malaysia yang telah menonton Winter Sonata dengan heronya Bae Yong Joon. Kisah percintaan yang sedih dan meruntun jiwa. Ia mula ditayangkan di televisyen dan kemudiannya menjadi begitu popular sehingga jualan CD dan DVDnya begitu menggalakkan. Untuk satu set DVD Drama Korea, harganya boleh mencecah hingga RM200. Tapi kenapa “kegilaan” ini tiba-tiba memuncak? Mungkinkah usaha Hazami menyanyikan semula lagu tersebut di dalam Bahasa Melayu (Sonata Musim Salju) menyumbang kepada jumlah peminat yang ramai?

Isteriku sendiri peminat utama Drama Korea. Bila menonton, tiada apa yang boleh mengganggu tumpuannya kepada jalan cerita. Kadang-kadang tersenyum, mengerutkan dahi, marah dan menangis kerana terlalu sedih. Aku sendiri hairan tentang pengaruh Drama Korea ini. Tak cukup dengan menonton episod harian, dibelinya pula koleksi drama dan sebaik pulang ke rumah, itu yang ditonton dahulu. Selepas satu episod ke satu episod yang lain hinggakan waktu makan pun tidak dihiraukan. Pernah isteriku menonton dari pagi hingga keesokan hari, tidur pun cuma 1-2 jam sahaja. Itu belum dicampur dengan masa yang dihabiskan menonton secara online di Internet. Apalah yang bagus sangat tentang Drama Korea ni? Aku pernah bertanya soalan tersebut dan melalui jawapan yang diberikan aku membuat kesimpulan seperti berikut:


Sebab Drama Korea Diminati

  1. Hero yang handsome dan romantik Рdengan rupa, penampilan dan gaya rambut menarik, hero Drama Korea berjaya menawan hati peminat-peminat wanitanya. Seorang wanita yang terlalu meminati hero Drama Korea telah ditipu ratusan ribu ringgit melalui perkenalan dengan teman maya  yang mempunyai perawakan seperti Bae Yong Joon di Internet. Rupanya teman tersebut adalah warga Afrika dan gambar yang dikirimkan mungkin bukan gambarnya!

  2. Jalan cerita menarik – walaupun berkisar kepada percintaan, Drama Korea kebanyakannya menyelitkan elemen kehidupan yang biasa dan dekat kepada penonton seperti halangan keluarga, dengki dan dikhianati teman karib, darjat yang berbeza dan tekanan kerja. Ini secara tidak langsung membawa penonton wanita ke dalam suatu alam di mana seolah-olah dia sendiri yang mengalami situasi tersebut. Hebat kan?

  3. Ketandusan drama cinta berkualiti – Jika drama Malaysia, biasanya sepuluh minit yang pertama sudah dapat menggambarkan bagaimana cerita tersebut akan berakhir. Isu yang diutarakan biasanya terlalu stereotype dan kadangkala serupa dengan cerita yang pernah kita saksikan. Mungkin ini antara sebab mengapa penonton bealih arah kepada Drama Korea.

  4. Populariti -Drama Korea mempunyai populariti yang tinggi terutamanya di kalangan penonton dari Asia Tenggara. Ia menjadi sebagai salah satu sumber pendapatan bagi Korea di samping pelancongan.

  5. Lokasi & set menarik – Biasanya Drama Korea menjalani penggambaran di lokasi menarik dengan set bersesuain dengan mood cinta. Usaha ini memang berjaya kerana ramai yang ingin ke Korea untuk melancong semata-mata untuk pergi ke kawasan pengambaran drama tersebut.

Walau apa pun sebabnya, hak untuk menonton dan menilai di tangan anda. Jika ingin menonton di Astro, Channel 303 ada menyiarkan Drama Korea menarik. Bagi yang ingin menonton secara online pula, bolehlah lawati www.mysoju.com/. Cerita-cerita berikut telah menarik minat isteriku dan mungkin anda juga akan menyukainya:

  1. Hotelier
  2. Boys Over Flower
  3. Terms Of Endearment
  4. Hwangjini
  5. Slave Hunter

Andakah anda salah seorang peminat Drama Korea? Kenapa ek?

11 responses to “Kenapa Wanita Malaysia Meminati Drama Korea?

  1. lagi suka jepun…
    tak minat korea…
    sebab cerita drama jepun tak meleret
    hehehehehhe

  2. hmmm Jepun eh? Citer ape yang best?

  3. Pingback: Dulu Aku Hensem « Blog AdamFaiz

  4. Personal Taste lakonan Lee Min Ho best! :)

    Yupp jepun pun best – One litre of tears
    Penuh makna.

    • Personal taste eh? Sebab tu la agaknya wife aku menampal gambar2nya di sekeliling cubical..gambar hubby takde pun (aku pegi tengok kat opis dia)..Sedih tul huhuhu :(

  5. Pingback: Bercinta Di Internet Mahal La…!! | Hitam Putih Kelabu

  6. naz suka drama sbb mestilah hero heroin dia sgt menarik. kenyang mata memandang. jalan cerita dia lak pelbagai. jarang jgk lah yg ada stereotype walaupun kdg2 ada jgk. tp tak banyak. selalunya ada perbezaan yg ketara :)

  7. kenapa eh saya minat cerita korea? emm.. pertama sekali sebab jalan cerita yang menarik. betul kata awak, drama melayu masih banyak kekurangan jika di bandingkan dengan drama dari korea. saya nak listkan drama terbaik korea yang pernah saya tengok..
    1. slave hunter
    2. iljimae
    3. dalja’s spring
    4. my name is kim sam soon
    5. snow queen

  8. bora, msti ske hyu bin eak…
    my name is kim sam sopn ngn snow queen due2 hyun bin nyer…