Hargai Tulang Belakang – Slipped Disc


Definisi

Apa itu slipped disc? Aku dulu tak pernah mengambil peduli mengenai perkara ini. Bila seorang kawanku terkena aku hanya berkata pada diri sendiri “Dia kena sebab tak berjaga-jaga” (kawanku bekas pemain ragbi). Aku tak pernah menyangka akan menghadapi kesakitan yang sama. Selepas mendapat sakit, aku dimasukkan ke Hospital selama 2 bulan dan akhirnya menjalani pembedahan. Slipped disc secara ringkas bermaksud tulang belakang yang “teralih” atau “mengelongsor dari kedudukan asal. Ini disebabkab oleh gel antara tulang yang berfungsi menyerap tekanan telah bocor seterusnya mengakibatkan alihan. Apabila ini terjadi, tulang akan menekan pula saraf-saraf yang mengawal anggota badan seperti kaki, tangan dan leher. Kesakitan melampau menyebabkan anggota badan menjadi kebas pergerakan akan terbatas. Aku terpaksa mengambil ubat tidur setiap hari, itupun cuma dapat melelapkan mata 1-2 jam sahaja. Apabila otot kaki kejang, tiada apa yang dapat menghilangkan kesakitan.

Siapa yang akan mendapat slipped disc?

Aku dulu sangat aktif di sekolah terutamanya dalam dua acara; bolasepak dan olahraga. Semasa muda aku tak pernah kisah pasal sakit kaki atau badan. Bolasepak adalah permainan yang agak kasar terutama apabila orang menjatuhkan anda (atau anda yang jatuhkan orang) atau apabila pemain yang terjatuh menghimpit badan anda, tersepak kaki, dan lain-lain. Secara jujurnya aku tak pernah ambik peduli pasal ni kerana merasakan aku akan sembuh setelah berurut. Apabila tamat persekolahan dan memasuki universiti, aku mula mengurangkan aktiviti sukan. Bukan kerana nak tumpukan kepada pelajaran tetapi hanya kerana aku dah malas nak bersaing dan bertanding di sana sini yang memang memenatkan.

Apabila bekerja, masa untuk bersukan berkurangan. Sekali dalam masa 2 minggu atau sebulan aku mengikut kawan pejabat untuk bermain futsal. Selalu menyangka yang badanku masih sama seperti di zaman sekolah, aku akan main sampai tak ingat dunia. Warm up lebih kurang dan terus bermain. Tamat permainan, aku mula merasa kesakitan badan terutamanya dari pinggang ke bawah…kadangkala kakiku kebas sehingga tidak dapat merasa apa-apa bila berpijak. Aku fikir mungkin kerana badanku tak fit. Aku berehat semalaman tanpa makan kerana seleraku hilang akibat terlalu kepenatan. Perkara yang sama berlaku setiap kali aku main futsal. Selepas berehat 2-3 hari, sakit tersebut hilang.

Satu lagi perkara yang aku tak pedulikan ialah kesakitan belakang bila mencangkung terlalu lama. Apabila membelek pokok-pokok bunga di laman rumah dan memotong rumput, aku selalu mengalami sakit belakang yang teramat sangat apabila bangun. Ringkasnya, slipped disc boleh terjadi kepada sesiapa saja terutamanya yang berumur 30 tahun ke atas. Nasihat ikhlas untuk yang aktif dalam sukan, jangan berhenti dari aktiviti sukan terlalu lama. Pastikan sukan aktiviti yang berterusan. Ingat, anda sekarang bersukan untuk kesihatan dan bukannya untuk memenangi pertandingan.

Cara Rawatan

Dipendekkan cerita, selepas dimasukkan hospital (itupun setelah aku mengalami kesakitan teramat sangat setiap kali membongkok untuk ruku’) dan menjalani MRI, doktor mengesahkan aku mengalami slipped disc. Bergantung kepada tahapnya, slipped disc boleh dirawati melalui 3 kaedah:

1) Physiotherapy – menjalani sesi dengan pakar yang menunjukkan kaedah senaman yang betul untuk menguatkan otot. Ini termasuklah sesi rawatan menggunakan tuala panas pada bahagian sakit.

2) Stereoid – Untuk kesakitan biasa, suntikan stereoid dapat menguatkan otot belakang dan mengurangkan kesakitan

3) Pembedahan – Ini adalah langkah terakhir di mana bahagian tulang dan disc yang terkeluar akan dikikis. Untuk kes yang lebih serius, kepingan besi akan dimasukkan untuk menyokong tulang belakang

Cara Mengelakkan
Berikut ialah cara untuk mengelakkan slipped disc:

Berat Badan

Salah satu faktor penting yang menolong mengelakkan tekanan berlebihan kepada tulang belakang. Pastikan berat badan yang ideal dengan mengikut BMI yang sesuai. Berat badan ideal juga dapat menghindarkan penyakit lain seperti cholestrol tinggi, diabetes dan sakit jantung.

Senaman

Bagi yang bekerja senaman selalunya sukar dilakukan kerana kesuntukan masa. Bebanan kerja di pejabat di samping kerja-kerja dirumah membuatkan kita mengambil ringan tentang perkara ini. Jika tidak cukup masa, pastikan anda membuat senaman ringan seperti regangan setiap kali bangun dari tidur. Selebihnya, cari masa untuk bersukan sekurang-kurangya 2 kali seminggu. Pastikan anda membuat warm up dahulu sebelum memulakan apa-apa aktiviti sukan. Ini akan mengelakkan kecederaan dan menguatkan otot terutamanya di bahagian belakang.

Posture

Kebanyakan dari kita tidak mengamalkan posture yang betul terutama semasa bekerja. Pastikan anda tidak membongkok dan bersandar dengan selesa semasa menaip di hadapan komputer. Kecenderungan untuk membongkok akan menyebabkan kesakitan di bahagian bahu, leher dan tulang belakang jika dibiarkan terlalu lama. Ini mungkin akan menyebabkan anda mendapat slipped disc tanpa anda ketahui. Pastikan juga anda meletakkan bantal kecil di bahagian belakang tempat duduk anda dan di dalam kereta. Kurangkan tekanan di bahagian belakang dan bila terasa sakit, pastikan anda bangun dan berjalan-jalan untuk beberapa minit. Elakkan duduk terlalu lama dengan posture yang buruk.

Mengangkat

Jaga posisi badan semasa mengangkat terutamanya barang yang berat. Gunakan teknik yang betul dan jangan membongkok tanpa membengkokkan lutut kerana ini akan menyebabkan tekanan dari berat barang tersebut ditanggung oleh tulang belakang anda. Jika tidak mampu mengangkat, minta pertolongan dan jangan memaksa badan anda hanya untuk kelihatan “macho”. Angkat dengan perlahan dan berhati-hati.

Buat senaman ringkas seperti di bawah setiap pagi. Jika tidak dapat buat kesemuanya, buat 2-3 senaman hari ini, dan teruskan dengan yang lain pada keesokan hari.

Semoga mendapat manfaat, slipped disc tidak mungkin dipulihkan 100% tapi kemungkinan untuk bertambah teruk adalah tinggi jika perkara-perkara di atas di abaikan. Dapatkan nasihat doktor sekiranya mengalami simptom sakit belakang sebelum ia melarat.

P/S Komen untuk post ini telah ditutup. Jika masih berminat untuk memberi komen, sila rujuk post sama di SINI.

40 responses to “Hargai Tulang Belakang – Slipped Disc

  1. Well done.
    Thanks for the comprehensive tips…
    It is very useful and buatkan aku untuk berwaspada juga….sukan hanyalah untuk sihar pada usia aku sekarang ni…dan bukan untuk menang….

  2. Terima kasih. harap dapat di sampaikan kepada kawan-kawan yang lain. Slipped Disc boleh menyebabkan lumpuh dan kegagalan anggota badan berfungsi dengan betul. Senaman regangan yang disertakan nampak simple, tapi bila dicuba barulah kita tau yang badan kita tak “sempurna” seperti yang disangka…

  3. Pingback: Gym Free Untuk Kesihatan | Hitam Putih Kelabu

  4. boleh saya bertanya…saudara sekarang sudah sihat sepenuhnye? coz sy pon sedang berada di hospital skrg oleh masalah yg sama, menurut doktor
    saya perlu menjalani operation dgn mengantikan disc yg rosak dengan implan… so worried now…

    • Kekejangan dah hilang lepas operation…tapi sakit di belakang masih ada terutama jika duduk / berdiri terlalu lama..sekarang terpaksa ambil vitamin untuk nerve sepanjang hayat :(..masih bersyukur kerana keadaan tak menjadi lebih teruk. Jika ajib merasa kejang yang teruk, lebih baik pergi operate..jika ada duit, alternatif yang lebih baik ialah chiropractic

  5. sy baru shj mnjalani operation spinal tuh…alhamdulillah sakit yg ditanggung yg tidak terperi sakitya telah pun lenyap…syukur…tapi sakit kesan operation masih terasa setelah 2 hr…however, sakit operation ni hylah 2/10 dari sakit sebelum ni…so adakh saudara mghadapi masalh yg besar setelh pulih? sy rs setkt nih sy boleh ,cume bhgn blkg terasa tegang ,mgkn br lg 2 hr operate…tq

    • sama macam ko Ajib, sakit yang teruk memang sudah tiada…cuma sekarang tak lagi seperti dulu…jika tak rehat secukupnya..bahagian L4/L5 masih sakit (tak seteruk dulu)..harap ko jaga berat badan..rehat dan buat senaman ringan selalu

  6. alhamdulillah…esok discharge…tenkiyu coz share ur exprience here…coz of tht i make this decision to do surgery…
    dan skg…segale kesakitan melampau telah tiada..cumer sengal2 je kt bhgn operate tuh…im very hepi now…
    mcm dpt kaki baru….setelh 3 thn mnggung…

    thanks bro…and dr hisham ( spinal speciallist)…..

    hargai tulang belakang anda sebelum terlambat…nasihat saye… pergi buat MRI kirenyer ade tande2 yg dijelaskn di atas…tidk semestinya anda sakit d bhgian tlg blkg…kesakitan sepanjng saraf kaki selalu berlaku… ia bermula perlahan2….

    ok
    hrp dpt info

  7. Salam,

    Saya baru jer dikesan ada tanda2 slip disc…dan mungkin juga ada problem ditangan sebab tangan pun kebas… a few days lagi nak kena buat MRI dan satu test untuk tangan…masiih tengah cuba nak terima hakikat sebab this is the second bad news dalam masa sebulan ni… semoga semua berjalan dengan lancar..

  8. salam…
    sekadar perkongsian. saya juga mengalami perkara yg sama….Sept 2007 doktor sahkan slipped dics – sbb tersalah melakukan senaman dan pernah jatuh terduduk dilanggar motor 10 thn dulu. doktor suggest buat operation tetapi masa tu saya tak berani sbb doktor kata peluang utk sembuh hanya 98%, lg 2% risiko yang perlu saya tanggung jika operation tak berjaya, saya mungkin akan lumpuh.
    Masa tu, saya memilih utk buat pisio dulu dan dalam masa yg sama saya berurut dgn seorang makcik di kota kemuning….
    Dan alhamdullilah….sehingga sekarang kesakitan semakin hilang. Tiada lagi kebas2 dikaki, dah boleh rukuk dgn betul…cuma sesekali rasa tegang pada bahagian belakang pinggang je, itu pun kalau baru bangun dr tidur.
    Apa yg saya pantang adalah mengangkat benda berat. Tapi kekadang terlupa juga :)

    …doakan kita semua sembuh dan kembali sihat…

  9. Salam semua,
    saya adalah penghidap slip disc juga.ni nak share pengalaman i la yer..sakit slip disc I sgt teruk sehingga doc nasihatkan utk dibedah. i try maintain dgn fisio jer dlu, taknak la kena bedah ni takuttt..i ada anak 2, sian kat anak2 if anythimg happen time bedah tu..huhuhu..lbh kurg sethn juga la sakit smpai kena ambil cuti tanpa gaji selama sethn. alhamdulillah i dah baik lah dlm sethn tu. tp lately i dah stat keja smula. keja i ni mmg kena duduk lama di kerusi. slip disc i tu dtg balik after 3 mnths keja. memang tertekan betul jiwa ni bila sakit tu dtg balik..i mcm dah letih dah nak pi fisio, tp i still amalkan di rumah shj..
    ada sorg ni kenalkan i dgn set corset, ada mcm2 brand tapi i guna PB yg ada teknologi FIR. mula2 memang tak percaya tp saya fikir jika saya tak cuba mcm mana nak tau, jadi saya invest juga. rasa mmg satu keajaiban, alhamdulillah sakit saya dah hilang. actually set corset ni membantu kiter membetulkan posture dgn baik, tak guna juga buat fisio tp posture tak jaga. disamping tu rawatan thermal therapy FIR tu bnyk merawat bhgn yg sakit. urat saraf yg kebas2 dan trauma juga hilang. saya memang sangat recommend pemakaiain set PB ni utk sesiapa yg ada slip disc.
    dengan pemakaian yg berterusan bukan shj slip disc hilang tp kita juga dapat benefit kesihatan yg lain. boleh layari blog saya: http:www.mybeautyshoppe.blogspot.com

  10. saya juga mengalami slip disc sejak stahun yang lepas.. even baru berumur 24 tahun. rasa muda lagi kot.. tapi terlalu aktif dalam sukan. injured ragbi kot.huhuhu.. dulu rasa memang amat sakit bila nak solat. tapi skrunk dah beransur kurang . still buat snman, berjogging mendaki..untuk kuatkan otot balik.

  11. salam semua,
    Saya baru shj menjalani pembedahan slipped disc pada 4hb mac 2011 yg lepas.syukur pada allah kerana memberi saya petunjuk dengan kuat mengatakan saya mesti dibedah.sebabnya saya dah tak boleh jalan.sakitnya allah sahaja yang tahu.bayangkan saya hanya mampu berbaring merengkok ke kanan disebabkan peha sebelah kiri hingga kebuku lali macam dah kena lock.duduk pun sakit,jalan lagi sakit,baring telentang pun sakit,yang tak sakit bila mengiring ke kanan.mana boleh jadik mcm tu,slps dua hari terbaring,sambil menangis teresak esak saya merayu agar dibawa ke wad.setelah MRI baru dpt tahu slipped disc,doc kata cecair dah terkeluar dan terkena saraf,itu yang sakit sangat.kalau dah kena saraf u mkn ato pain killer pun tak baik kata doc tu.now dah seminggu operate.syukurlah pada allah.pesan aku mesti buat mri pastu tlglah dengar kata pakar,jgn takut dibedah,insyaallah it will be ok after that.tawakallillah.pesan aku pada yang mengidap slipped disc nie,jgn tunggu lamalah,nak buat pysio boleh terpulang,tapi sanggup ke nak menanggung itu sakit!!tepuk dada tanya seleralah..wassalam

  12. Salam semua,
    Saya baru buat MRI dah disahkan slip disk…sekarang ni tengah melawat semua wap dan cuba belajar apa yg patut…

    • buat keputusan sendiri.. ia bergantung pada tahap kecederaan.. cam aku memang dah tak boleh tahan.. telan valium 2 biji setiap hari..tu yang terpaksa operate jugak..

  13. Sekarang ni dok buat physiotherapy, alhamdulillah dah boleh berjalan 200 meter tanpa perlu berhenti dan berdiri lebih 15 mins, makan pun kena jaga juga, jambu batu, pucuk ubi, labu, peria jangan makan…jika tidak malam tak boleh tido…

  14. cityhawa mas'ud

    salam.. sy umo 21 tahun. doct sah kan sy kna slip disc ni. disember lps sy kna thn wad utk wat several test nk tntukan slip disc sy kt thp mn. kna x-ray byk kali, MRI, ultrasound etc. all da test done by a week. after sy discharge from wad, doct bekalkan sy ngn pain killer, vitamin n krim sapu. laz month sy pi jmp speacialist, doct naek kn dos drugs. everyday sy kna mkn ubat tdo tp just tdo lena 4several hour je. lately ni ubat sy cam xfunction, mkn ubat still gak xdpt release my pain. every 2 weeks sy kna pi fisio. lately ni fisio pn cm xmbantu. doct xmo operate coz katenye umo sy muda lg n condition sy skrg xssuai utk sy operate coz sy student uni.pertahanan. doct tkut nk amik risk yg lg tinggi. so, what should i do now? sy da xtau nk watpe coz xda dlm family or mmbe2 sy nk tlg utk sy jd kn rujukan or mntak advice.

  15. Firstly, rasa elok bro guna perkataan penuh… sebab aku memang jadi lost kalau tulis camni…

    Aku simpati juga dengan bro .. sebab aku faham sakitnya.. Nasihat aku ialah:

    1) Kalau slipped disc berlaku di bahagian atas (biasanya tengkuk), ikut je nasihat doktor dan kena buat banyak exercise yang boleh (rujuk dengan doktor)

    2) Kalau bahagian bawah .. lumbar cam aku nih.. mengikut kata doktor aku, risikonya tak tinggi.. buat apa menanggung sakit, lagipun too much pain killer pun tak bagus.. so lebih baik operate je..

    3) Always get second opinion – walaupun doktor pakar, kadang2 ada different opinion… ada yang cara lambat tapi terbaik… ada yang guna cara cepat (operation) tapi mungkin bukan yang terbaik untuk sedara…

    Harap membantu…

  16. salam…emmm last week masuk HKL then kerana queue yg panjang untuk MRI terpaksa masuk ke specialist…memang disahkan slipped disc pada lumbar ke-5 di tulang belakangku…
    nak kira dah lama sangat sakit since menengah atas, time buat degree sampai la dah keje sekarang ni…
    disebabkan hanya lagi sebulan sahaja nak melangsungkan perkahwinan, terpaksa jugalah pergi ke hospital buat rawatan yg septatutnyer…so far tgh menjalani fisio and makan ubat tahan sakit…emmm tak banyak perubahan..still menahan sakit especially bila duduk and jalan dalam tempoh yang panjang…malam pun tak senang tidur….cukup risau bila nanti dah berkahwin…nak tanyer dekat kawan2 yang lain, slip disc ni ada effect ke bila masa nak bersama dengan suami??
    sekarang ni menda ni yg sgt menghantui saya…cukup risau…

  17. Ikut pengalaman aku.. memang ada direct effect dari slipped disc ke atas hubungan kelamin..bergantung pada tahap sakit.. sebelum operate dulu memang susah nak “perform” disebabkan ransangan yang “terputus” di tengah jalan.. in fact antara soalan pertama pakar kepada pesakit yang dah berkahwin ialah “how’s your sex life?” Bagi couple baru kahwin, tak payahlah nak eksperimen dengan posisi macam Kama Sutra… bersederhana lebih baik..

  18. salam semua.
    Ok sebelum nie aku ada komen kat kolum nie.aku operate slipdisc lebih kurg tiga bln yg lepas.sakit slipdisc yg aku sampai x ley bgn tu dah ok.baik dah.now problem is kat betis aku timbul urat hijau.akan rasa sakit bila berdiri lama.kalau kaki tergantung lama pun sakit.jadik kena jalan pelan pelan slowmotion he he..aku tetap bersyukur pada allah boleh gak berjalan walaupun tak laju.ikut ckp doc ini merupakan perkara yang bukan luarbiasa.mula mula aku mcm frust jgk..nape ler sakit kaki betis kiri aku nie x baik baik.tapi aku pegang ckp doc pakar tu dia kata mcm nie..nak dpt sakit slipdisc nie bukannya sehari dua..berpuluh@berbelas tahun baru dpt(mcm aku jatuh terduduk byk kali)..Jadi..nak baik pun bukannya operate terus baik..mkn masa..sebab melibatkan saraf,ada kemungkinan 6 bulan lepas operate baru ok…so senang sikit hati aku mendengarnya…and hopefullylah apa yang doc aku ckp dan encik shamsul cakap tu betullah…bukan apa..bila dah sakit saraf mcm nie..aku jadik stress…sebenarnyakan sakit nie jgn stress tapi apa yg berlaku pada aku.aku stress.nangis sampai bengkak bijik mata..bukan aku x redha..malah bersyukur..tapi yerlah..biasalah sensitif sebab kita tak secergas dulu..tapi aku yakin kaki aku yang kebas nie akan beransur ansur hilang..tapi kalau aku baring kat katil tidur,alhamdulillah terus ok betis pun tak bengkak..lagi satu tuam ngan ice ok berjaya mengurangkan bengkak betis..insyaallah kalau kita bersabar dengan dugaan allah dan selalulah bersyukur dgn nikmat allah…insyaallah kesakitan kita ini akan ada penghujungnya…amin…insyaallah aku akan update lagi status aku dari masa ke semasa..oh lupa plak.aku dah sebulan kerja x de mc tau..tahan jgk sakit..at last doc bg aku rehat lagi dua minggu dia bagi stokin khas(sedap sikit)dan ubat kecutkan urat.kalau x baik jgk dia nak rujuk aku pada pakar urat…see how…ok sampai sini dulu aku menaip..nie pun kaki aku dah kejung he he..jumpa lagi wassalam

  19. salam semua…cuba dapatkan rawatan bekam utk sesiapa yg mengalami slip disc.ada sahabat sy yg kena sakit ni alhamdulillah setelah bekam dia beransur pulih.insyaallah call sy utk info bekam 0183901890 atau fb nurcasehbeautyhouse@yahoo.com

  20. salam kepada semua sahabat yg may b sama penyakitnya sama seperti diri ini, bila baca semua komen kat atas ni.. terkelu dan terkedu nak terkata apa… yg pasti sakit mmg ada…. kebas pun ada… tpkan sesekali je esp masa tidur kat tangan selalunya.. ubat makan gak tp jarang.. terapi buat gak tp buat kat rumah je… cuma yg risau sekarang ni kebas selalu sgt esp after bangun tidur.. masa lain tak la pulak.. doc lak advised tak yah buat operate sbb risiko tinggi.. then dia cuma suruh buat fisioterapi je..dan makan ubat.. yg slip disc is antara L4 & L5..entahlah..yg pasti doa je kat Allah minta allah sembuhkan.. nak urut tak berani….yg pasti jumpa bomoh gak ari tu dia kata jgn makan kacang… dan jangan duduk bersila dan mencangkung…i pun kesiankan anak2 andai i buat operate… tah la kawan2…tak tau dah nak tulis apa.. nak kata sakit sgt tu tak.. tapi yg paling merisaukan sekarang ialah setiap kali bangun tidur kebas lah kat tangan.. teringinnya bila bangun tak merasa kebas.. tolong la ya Allah..sembuhkanlah kami ini…amin ya rabb allamin!

  21. kita ni senasib.. L4 / L5 cuma aku dah operate.. Aku ni kalau hujan betis mesti cramp.. kat punggung pun sama. Hari-hari biasa tahan sakit especially kalau duduk lebih sejam…Doktor advise bangun every half an hour, tapi kekadang kekangan kerja tak mengizinkan.. Ubat pun aku jarang makan sebab tak nak bergantung sangat padanya. Ini pun rasa macam dah melarat ke lumbar lain (atas sikit) dan juga bahagian bahu / tengkuk.. bersabar je la dgn dugaan ini.. doa semoga yang senasib dipermudahkan dalam segala urusan.

  22. salam semua n adamfaiz,

    Sabar yer.sakit ni memang stress.gerun jgk dgr adamfaiz ckp mcm sakit nie boleh berulang ke tulang lain lain.doc aku ada ckp x mustahil coz bila satu tulg dah problem,yg atas apa citer.aduiyai…ini yg takut.tapi nak wat camana?bersabarlah,redha dan paling penting syukur….kwn kwj
    n sakit nie memang tensyen.iman kena kuat wooooooo….mental kena strong,kalau tak..nmpk mcm x sakit,tapi musuh utama aku ialah tangga.peh..x boleh naik beb,mesti nak berpaut…mcm pra oku ajer aku rasa…ntahlah..aku kalau dah start bebel..habislah..
    Tapikan nie ada berita baik sikit.kaki aku mcm nak baiklah.rasa bisa bak cucuk pisau dah kurg dah,cuma kaki lum kuat lagi…jln still slow,nak laju boleh tapi dengkut sikit…
    Itullah condition aku sekrg,nak share ngan kwn kwn setelah hampir 5 bulan lepas operate baru bisa betis aku kurang,bukan hilang eh..kurang je.tapi memadailah dari dulu aku dok meraung kalau sakit dtg..

    So…sakit slipdisc nie memang tak brp bahaya yerlah maksud aku x membawa maut tetapi boleh derita seumur hidup…

    Insyaallah aku try update lagi status aku

    K semua wassalam

  23. salam semua
    emm saya masih lagi bercuti and sekarang dah empat bulan lebih bercuti….emm sakit sekarang on off lagi and yang pelik dah makin bertambah serius walaupun bermacam treatment dibuat…samapi satu tahap dah bentan urat…satu badan bengkak-bengkak…so hari ni kali ke-2 refer ke pakar kerajaan…u all know what doc suruh sy wut operationn…phewww terkejut gak tadi sebab dia kater dah kacau saraf…emmm tak tau lar doc bg masa seminggu utk berfikir…ikut hati nak wut je operation ni sebab tak tahan asik kebas je kat kaki…tapi aper2 pun istikharah la dulukan…sy nak tanyer ader effect tak lepas operation…contohnyer hari tue doc buat root nerve injection kat tulang belkang and effect pada sy skarang badan saya macam dipam2 sebab steroid yg dimasukkan kan tu…risau jugak…harap yg lain sudi share..

  24. salam semua n emme,
    Saya fhm sgt apa yg emme lalui,rasanya lebih kurang saya aje.memang…lepas operate ok pastu sampai satu tahapkan mcm menyesal operate.tapi kan emme,nasihat saya awak jgn rujuk satu doctor,dptkan jugak pandangan doc pakar lain.second opinionlah.istiharah pun memang membantu.kalau saya cukuplah sekali.memang ada risiko operate.berdoalah byk byk.sakit slipdisc ni merangkumi saraf dan tulang.kdg saya ni confius.sampai ckp ngan doctor.saya tak tahu samada memang kaki saya dah baik sakit @ kesakitan tu wujud cuma saya dah alah bisa tegal biasa.mmmmm confiusing…ntahlah kdg sakit kdg ok.rupanya ek ramai yg kena sakit nie.saya dah 5 bulan operate,barulah bisa kaki hilang tp jln x ok lagi.kaki still berat n kebas.tapi syukurlah sekarg dah bolehlah shopping sikit banding dulu,nak turun katil pun sakit ya amat…oklah jalan x cantik xpe,jgn bisa sudah.lagi nak puasa nie.kuatkan semangat…selamat menyambut ramadhan.

  25. Hari ni baru je menjalani MRI dan hasilnya confirmed Slipped disc..according to doctor, agak serius…saya mengalami kesakitan bermula di bahagian punggung dan kebawah belah kanan tapi hasil dari MRI mengatakan belah kiri juga akan mengalami nasib yang sama seperti belah kanan. Sekarang ni kena kurangkan xtvt mengangkat benda2 berat. Treatment yang doktor bagi ialah ubat tahan sakit, vitamin for saraf untuk 2 minggu, lepas tu sekiranya masih mengalami kesakitan lagi…jawapnya kena g phisiotheraphy…kalau tak jalan gak…OPERATION!…Pada sesiapa yng telah atau sedang mengalaminya tau jelah bagaimana kesakitannya…rasa kebas yg amat, dan pernah sekali kaki saya terus jammed…kena berpapah untuk berjalan…time tu dah ingat nak jadi OKU ke aku ni?…semoga aku diberikan kesembuhan…

  26. bila baca semua comments pasal slipped disc ni memang scary…last monday baru detect slipped disc lepas buat MRI…sama kes macam adamfaiz…L4/L5 sudah retak..la ni dari pinggang ke bawah especially belah kanan kerap kebas, sakit dan tak tau nak explain camna…doc kata possibility untuk belah kiri jadi cam belah kanan tinggi…La ni dok makan ubat tuk 2 minggu, lepas tu kalau still tak ok, will do physiotheraphy…Last option baru doc recommend operation…ada sekali tu memang langsung tak boleh jalan…kaki belah kanan tak boleh bergerak langsung…panik betul time tu…la ni pas ambik ubat alhamdullillah jalan dah ok sikit…siang tadi seharian saya memakai koset, syukur, rasa kebas tu langsung saya tak rasa..bila saya buka je koset tu…terus berdenyut2 n kebas jadi balik……saya seorang yang aktif…tapi bila jadi macam ini, semua pergerakkan jadi terbatas..semoga Allah memberikan kekuatan pada saya dan anda semua…

  27. salam semua, sy pun disahkan slip disc L3/L4,L4/L5,L5/S1. dalam dua bulan gaklah dok tido je. awal thn ni dah boleh jalan macam biasa. alhamdullillah,kuasa Allah. Saya tkde mengurut,cuma ari tu ada gak gi fisio tp skg tk g dah.cuma berhati2 je takut terkena lg. saya berumur 40 thn. so nk operatepun rasa mcm tk confident.lgpun operate is the last choice.